Singapura sahkan dua kes import positif varian Omicron

December 2, 2021 · Dunia

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), dua pengembara yang tiba di republik itu dari Afrika Selatan semalam dengan menaiki pesawat Singapore Airlines disahkan positif dalam ujian awal bagi mengesan varian Omicron Covid-19.

Kedua-dua individu itu tiba dari Johannesburg dengan menaiki pesawat Singapore Airlines, SQ479.

“Kedua-dua kes sudah diasingkan selepas mereka tiba di negara ini, semalam dan mereka belum sempat berinteraksi dalam komuniti,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, lebih 1,324 jangkitan Covid-19 baharu turut dilaporkan di republik itu semalam, menunjukkan lonjakan berbanding 1,239 kes kelmarin.

Menurut MOH, kadar kenaikan jangkitan mingguan Covid-19 di negara itu berada pada tahap 0.67, naik daripada 0.66 kelmarin.

Ini merupakan hari ke-19 berturut-turut dimana kadar kenaikan berada di bawah satu iaitu bilangan yang merujuk kepada nisbah kes jangkitan dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang selaras di bawah satu menunjukkan bahawa bilangan kes Covid-19 mingguan baharu semakin menurun.

Isnin lalu, kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) ialah 59.7 peratus, meningkat daripada 58.5 peratus pada Selasa.

Jelas MOH, sebanyak lapan orang berumur antara 59 ke 86 tahun yang meninggal dunia kerana komplikasi yang dikaitkan dengan Covid-19.

Tambahnya, kesemua mereka sudah lengkap divaksin kecuali satu individu yang tidak divaksin dengan mempunyai pelbagai komplikasi perubatan tanpa diberi butiran lanjut.

Korban terbaharu itu menjadikan angka 726 kematian dan kes jangkitan turut mencecah 266,049 kes akibat Covid-19 di Singapura.

Selain itu, jangkitan baharu tersebut melibatkan 1,266 kes dalam kalangan masyarakat termasuk 200 warga emas berumur 60 tahun ke atas, 45 di asrama pekerja dan 13 kes yang diimport.

Sehingga Selasa lalu, hampir 87 peratus penduduk di republik itu sudah menerima dua dos lengkap vaksin dan 27 peratus sudah mendapatkan suntikan dos penggalak.

Berita berkaitan
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
PMX kata 47 kes mahkamah Zahid dihentikan kerana boleh dipersoalkan: Laporan
September 15, 2023· Politik
Mahkamah serah pasport sementara kepada Rosmah untuk Singapura
August 17, 2023· Isu semasa
Rosmah mohon dapatkan pasport sementara ke Singapura
August 16, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok