
Kata DOSM, daripada 230 item makanan dan minuman, 84.3 % merekodkan kenaikan harga berbanding pada April 2022.
Singapura tidak membenarkan mana-mana individu yang tidak divaksin memasuki pusat beli-belah atau makan di pusat penjaja dan kedai kopi di negara itu mulai Rabu depan.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam kenyataan berkata mereka yang belum divaksinasi bagaimanapun masih boleh membeli makanan yang dibungkus untuk dibawa pulang.
Pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian, Gan Kim Yong berkata, langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi yang diperluas itu akan melindungi mereka yang belum lengkap divaksin.
“Terdapat beberapa premis yang kerap dikunjungi sejumlah besar individu yang dijangkiti, termasuk mereka yang belum divaksinasi, yang kemudian sakit teruk.
“Premis ini termasuk cawangan (makanan dan minuman), kedai runcit dan pusat beli-belah. Langkah-langkah tambahan ini juga akan diperluas ke tempat daya tarikan lain,” katanya.
Katanya, individu yang sudah lengkap divaksin boleh terus melakukan kegiatan tersebut tetapi hanya melibatkan dua individu sahaja.
Syarikat perniagaan juga digalakkan untuk berbuat demikian supaya bersama-sama kerajaan mengurangkan penularan Covid-19 di Singapura, katanya. – Agensi