Singapura lapor 390 kes baharu jangkitan varian Omicron

January 7, 2022 · Dunia

Kementerian Kesihatan Republik Singapura (MOH) memaklumkan dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 813 jangkitan baharu Covid-19 dikesan, termasuk 365 kes varian Omicron.

Terdapat satu kematian menjadikan keseluruhan kes kematian akibat komplikasi Covid-19 kepada 835 kes, menurut statistik terbaharu MOH.

Jumlah jangkitan semalam mengatasi 805 kes yang dilaporkan pada Rabu, kata MOH.

MOH berkata daripada 365 jangkitan Omicron yang dilaporkan itu, 234 membabitkan kes import dan 131 kes tempatan.

Laman sesawang MOH memisahkan laporan harian kes Covid-19 biasa dengan jumlah kes berkaitan Omicron.

Sementara itu, MOH memaklumkan kadar kebolehjangkitan pada Khamis ialah 1.50 meningkat berbanding 1.28 pada Rabu.

Kadar lebih daripada 1 bermakna bilangan kes mingguan baharu meningkat. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan melepasi 1 buat kali pertama sejak 12 November 2021 adapah pada Selasa lalu.

Sejak pandemik bermula awal 2020 lalu hingga semalam, Singapura mencatat 283,214 kumulatif kes positif. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok