Singapura lapor 16,165 kes baharu

Singapura melaporkan 16,165 jangkitan baharu Covid-19 sehingga tengah hari semalam (10 Mac 2022), termasuk 15,990 jangkitan tempatan dan 175 kes import.

Statistik Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) juga menunjukkan seramai enam pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh itu, menjadikan keseluruhan kematian meningkat kepada 1,116 kes.

Seramai 1,450 pesakit masih dirawat di hospital, manakala 188 pesakit memerlukan bantuan oksigen, menurut statistik terbaru dikeluarkan MOH menerusi laman sesawangnya.

Seramai 36 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi berbanding 50 pada Rabu, kata MOH.

Kebanyakan jangkitan baharu Covid-19 di Singapura adalah kes Protokol 2 iaitu mereka yang tidak bergejala dan bergejala ringan.

Daripada jangkitan harian semalam, 14,088 adalah kes Protokol 2, yang melibatkan 13,958 penularan tempatan dan 130 kes import.

Sejumlah 2,077 lagi kes disahkan melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR), dengan 45 daripadanya adalah jangkitan import.

Kadar kebolehjangkitan mingguan ialah 0.93, lebih rendah daripada 0.94 pada Rabu. Angka di bawah 1 menunjukkan bahawa bilangan kes Covid-19 mingguan baharu semakin menurun.

Singapura telah merekodkan 901,758 kes Covid-19 sejak permulaan wabak itu pada 2020 lalu. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR