Singapura kutuk pencerobohan Russia

Singapura mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan Russia dan menegaskan bahawa kedaulatan, kemerdekaan dan integriti wilayah Ukraine mesti dihormati, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Dalam catatan Facebook pada Isnin (28 Februari 2022), Lee menegaskan bahawa situasi yang berlaku di Ukraine adalah penting kepada Singapura.

“Jika hubungan antarabangsa berdasarkan ‘kekuatan adalah betul’, dunia akan menjadi tempat yang berbahaya bagi negara-negara kecil seperti Singapura.

“Inilah sebabnya mengapa Singapura menyokong undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang melarang tindakan pencerobohan terhadap negara berdaulat, “kata Lee.

Russia menyerang negara jirannya Ukraine pada 24 Februari lalu setelahs ketegangan memuncak berbulan-bulan di sempadan, dengan tentera Russia berkumpul dan menjalani latihan ketenteraan. Tindakannya dikutuk secara meluas oleh negara di seluruh dunia.

Terdahulu di Parlimen, Menteri Luar Negeri Vivian Balakrishnan mengumumkan bahawa Singapura akan mengenakan sekatan ke atas Russia kerana menceroboh Ukraine.

Langkah itu termasuk mengenakan kawalan eksport ke atas barangan yang boleh digunakan secara langsung sebagai senjata di Ukraine, dan menyekat bank Russia dan transaksi kewangan tertentu yang berkaitan dengan Russia, katanya.

Lee menyatakan bahawa lapan tahun lalu, Menteri Luar Singapura K Shanmugam ketika itu melakukan perkara yang sama apabila Russia menceroboh Semenanjung Crimea daripada Ukraine.

“Pengajaran untuk kita, dahulu dan sekarang, adalah nyata. Apabila perjanjian dan diplomasi gagal, kita tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk melindungi kita. Kita tidak boleh kehilangan keupayaan untuk mempertahankan diri,” katanya.

Pencegahan terbaik Singapura terhadap penceroboh adalah perkhidmatan negara dan Angkatan Bersenjata Singapura yang kuat dan bersedia beroperasi, tambahnya.

Sebagai sebuah negara kecil, Singapura perlu mengekalkan hubungan baik dengan semua negara besar dan kecil, kata Lee.

Ia tidak memilih pihak sebaliknya “(carta) haluan kita sendiri berdasarkan prinsip yang konsisten dan kepentingan nasional jangka panjang”.

Singapura juga mesti kekal bersatu padu, kata Lee.

“Kami bertuah kerana menikmati keamanan dan kestabilan sekarang selama lebih daripada 50 tahun. Serangan Russia ke atas Ukraine mengingatkan kita betapa berharganya dan betapa pentingnya bagi kita semua menjadikan Singapura sebagai rumah untuk bekerjasama untuk memelihara keadaan bahagia ini,” katanya. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR