Singapura kesan satu lagi kes import dari varian Omicron

December 6, 2021 · Dunia

Satu lagi kes import dari varian Omicron Covid-19 dikesan di republik itu dalam ujian awal yang dilaksanakan, selepas dua kes pertama dari varian sama dikesan pada minggu lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), pesakit dari kes terbabit dilaporkan semakin pulih dan dirawat di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID).

MOH memaklumkan kes ketiga ini dilabel sebagai kes ke 273611, melibatkan seorang lelaki berumur 37 tahun, pemastautin tetap di Singapura yang tiba dari Afrika Selatan dengan menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ479 pada 1 Disember lalu.

“Lelaki itu sudah lengkap divaksin, serta mengalami gejala ringan dengan demam dan sakit tekak.

“Beliau juga tidak berinteraksi dengan masyarakat dan sehingga kini, tiada bukti penularan komuniti melibatkan kes berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, ujian awal saringan Covid-19 lelaki itu sebelum berlepas dari Johannesburg pada 29 November lalu, adalah negatif dan setibanya di Singapura, beliau dikuarantin di kemudahan khusus Notis Duduk Rumah (SHN), namun ujian PCR pada 1 dan 3 Disember lalu juga disahkan negatif.

Manakala, pada 4 Disember lalu, pesakit mengadu demam dan sakit tekak sebelum dihantar ke NCID, dan keputusan awal ujian mengesahkan beliau positif varian Omicron.

“Makmal Kesihatan Awam Nasional sedang melaksanakan penjujukan genom keseluruhan bagi mengesahkan varian tersebut,” jelas kementerian itu.

MOH memaklumkan, lelaki itu berada dalam penerbangan sama dengan dua kes Omicron sebelum ini, melibatkan kes 271487 dan 271958 yang dikesan sebagai jangkitan pertama varian baharu di republik itu.

Pada 2 Disember lalu, Singapura melaporkan dua kes import Covid-19 melibatkan varian baharu, Omicron dalam ujian awal, namun keputusan ujian pengesahan masih belum dimuktamadkan.

Sementara itu, kesemua 18 penumpang lain menaiki penerbangan sama sudah diuji negatif jangkitan Covid-19 dan dikuarantin di kemudahan SHN yang disediakan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok