Singapura kesan kes cacar monyet libatkan pengembara transit

June 6, 2022 · Dunia

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura pada 4 Jun lepas dimaklumkan Kementerian Kesihatan New South Wales, mengenai satu kes cacar monyet melibatkan pengembara yang transit di Singapura pada 2 Jun.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, MOH memaklumkan bahawa pengembara itu tiba di Sydney pada 3 Jun dan disahkan positif cacar monyet, lapor Bernama.

“Beliau berlepas dari Barcelona pada 1 Jun dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada 2 Jun. Beliau berada di kawasan transit di Lapangan Terbang Changi sebelum meneruskan perjalanan ke Sydney pada hari sama, dan tidak melawat kawasan lain di Lapangan Terbang Changi,” menurut kementerian.

Memandangkan beliau tidak masuk ke Singapura atau berinteraksi dengan orang dalam komuniti, buat masa ini tiada risiko penularan komuniti yang ketara.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak MOH telah menjalankan pengesanan kontak untuk dua penerbangan yang terjejas dan mereka yang mungkin bersentuhan dengan pengembara itu di kawasan transit.

MOH memutuskan tiada keperluan untuk kuarantin memandangkan tiada kontak rapat selepas penilaian dibuat.

“Bagaimanapun, kami akan memantau 13 orang yang mungkin mempunyai kontak kasual selama 21 hari,” menurut kementerian itu.

Di bawah pemantauan itu mereka yang terlibat akan menerima panggilan telefon setiap hari untuk memastikan status kesihatan sehingga tamat pengawasan.

“Jika mereka melaporkan simptom yang menunjukkan jangkitan cacar monyet, mereka akan dinilai dari segi perubatan dan mungkin dihantar ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan untuk penilaian lanjut,” menurut kementerian itu.

Berita berkaitan
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
PMX kata 47 kes mahkamah Zahid dihentikan kerana boleh dipersoalkan: Laporan
September 15, 2023· Politik
Mahkamah serah pasport sementara kepada Rosmah untuk Singapura
August 17, 2023· Isu semasa
Rosmah mohon dapatkan pasport sementara ke Singapura
August 16, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok