Singapura kesan 3 kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5

May 16, 2022 · Dunia

Singapura pada Isnin merekodkan kes Covid-19 jangkitan tempatan melibatkan dua kes varian BA.4, dan satu kes varian BA.5, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

“Ini adalah kes komuniti pertama yang disahkan membabitkan varian BA.4 dan BA.5,” memetik laman sesawang MOH lapor Bernama.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah baru-baru ini mengklasifikasikannya sebagai Varian Membimbangkan (VOC).

Varian BA.4 dan BA.5 dikesan melalui ujian terhadap sampel positif tindak balas rantai polimerase (PCR) serta disahkan melalui penjujukan genom (WGS).

“Semua kes sama ada tanpa gejala atau mempunyai simptom ringan seperti demam, batuk, hidung berair dan sakit tekak; dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.

“Mereka telah lengkap divaksinasi, dan menerima dos penggalak mereka,” menurut kenyataan itu.

Ketiga-tiga kes telah menjalani kuarantin kendiri setelah diuji positif COVID-19.

Varian BA.4 dan BA.5 pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan pada awal 2022 dan sejak itu menjadi varian dominan.

Kedua-dua varian mengandungi mutasi spike protein dan dilihat menjejaskan sistem imun dan kadar keberjangkitan lebih tinggi berbanding BA.1 dan BA.2 yang menyebabkan gelombang Omicron awal tahun ini.

Memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekurang-kurangnya 1,000 kes BA.4 dan BA.5 telah dilaporkan di sekurang-kurangnya 16 negara setakat 11 Mei 2022.

“Kami akan meningkatkan pengawasan dan terus memantau penularan BA.4 dan BA.5 di Singapura,” tambah kementerian itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok