Singapura kembali alami gelombang baharu jangkitan Covid-19

September 20, 2021 · Dunia

Singapura dalam fasa mengalami lonjakan gelombang jangkitan Covid-19 sejak 23 Ogos lalu, melaporkan lebih 1,000 jangkitan baharu dua hari berturut-turut.

Melalui data Kementerian Kesihatan Singapura hari ini, memaklumkan terdapat 1,012 kes baharu yang dikesan melibatkan 919 jangkitan komuniti, 90 di asrama pekerja migran dan tiga kes import.

Semalam negara republik itu merekodkan 1,009 kes baharu.

Empat kluster baharu disenaraikan kementerian melibatkan Lorong 8 Pusat Penjaja Toa Payoh (Toa Payoh Lorong 8 Market and Food Centre), Rumah Jagaan Woodlands, Pusat Jagaan Windsor Convalescent dan prasekolah My Little Campus (Yishun).

Manakala bagi kluster Lorong 8 Pusat Penjaja Toa Payoh merekodkan lebih 41 kes positif Covid-19 dengan masing-masing melibatkan 24 orang kakitangan dan 17 kontak isi rumah.

Kementerian Kesihatan mengarahkan semua pekerja pusat penjaja itu agar menjalani ujian saringan Covid-19.

Selain itu, kluster Rumah Jagaan Woodlands pula merekodkan 12 kes, di mana ia membabitkan 11 penghuni dan seorang kakitangan.

Kluster ketiga pula, membabitkan Rumah Jagaan Windsor Convalescent merekodkan 10 kes, melibatkan sembilan penghuni dan seorang kakitangan disahkan positif Covid-19.

Manakala, bagi kluster prasekolah My Little Campus (Yishun), terdapat 11 kes yang dikesan, membabitkan sembilan murid dan dua kakitangan.

Keempat-empat kluster itu adalah antara 16 kluster besar yang sedang dipantau oleh kementerian terbabit.

Terdapat 873 pesakit sedang dirawat di hospital dengan hampir keseluruhannya sihat dan sedang dalam pemantauan.

Daripada jumlah itu, 118 kes membabitkan pesakit yang memerlukan bantuan oksigen, dengan 21 daripadanya berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU).

Sepanjang empat minggu lalu, hampir 98.1 peratus dari pesakit kes tempatan tidak menunjukkan sebarang gejala mahupun mempunyai gejala ringan.

Sehingga semalam, Singapura merekodkan 77,804 kes dengan 60 kematian disebabkan Covid-19. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok