Singapura izin lebih banyak pelancong negara asing masuk

September 17, 2021 · Dunia

Pelancong dari lebih banyak negara, termasuk Poland dan Arab Saudi, dibenar memasuki Singapura dengan sekatan yang lebih sedikit, setelah negara-negara itu dianggap mempunyai risiko jangkitan Covid-19 yang rendah.

Bagaimanapun, pelancong dari negara berkenaan masih perlu dikuarantin setelah tiba di Singapura, tetapi tempohnya lebih pendek, atau diberi pilihan untuk kuarantin di rumah.

Semakan peraturan untuk negara-negara itu dibuat berdasarkan klasifikasi risiko Singapura, yang mengelompokkan negara menjadi empat kategori.

Negara-negara yang dianggap paling rendah risiko jangkitan Covid-19 dikelompokkan dalam Kategori I, sementara yang berisiko paling tinggi berada di Kategori IV, kata Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura sambil menjelaskan Poland dan Arab Saudi diletakkan dalam Kategori II mulai 22 September 2021.

Negara lain yang berada dalam kategori ini ialah Australia, Brunei, Canada, Jerman, New Zealand dan Korea Selatan. Pelancong dari negara dalam kategori ini dikehendaki menjalani ujian PCR dalam tempoh 48 jam sebelum penerbangan mereka.

Mereka akan menjalani sekali lagi ujian apabila tiba di Singapura, sebelum diserahkan notis duduk di rumah selama tujuh hari (SHN) di kediaman yang disediakan, sebelum menjalani ujian terakhir pada hari ketujuh.

Sementara itu, Bulgaria, Republik Czech, Perancis, Latvia, Austria, Belgium, Jepun, Switzerland, Portugal dan Sepanyol diletakkan dalam Kategori III.

Pelancong yang melengkapkan vaksinasi masing-masing dari negara-negara ini boleh memohon untuk memilih keluar dari kemudahan SHN yang disediakan dan meneruskan SHN selama 14 hari di rumah sendiri atau tempat penginapan lain yang sesuai.

MOH berkata pelancong dari negara dalam Kategori III akan menjalani enam kali ujian calitan Covid-19.

Pada masa sama MOH juga berkata mulai 22 September ini penumpang yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia dalam tempoh 21 hari sebelum berlepas dibenar untuk transit di Lapangan Terbang Changi.

Kerajaan republik itu sebelum ini melarang mana-mana pengembara daripada singgah di Singapura jika mereka pernah ke Indonesia, tetapi ditarik balik susulan penurunan kes Covid-19 di negara itu.

Bagaimanapun, mereka perlu menjalani ujian PCR apabila memasuki Singapura. – Agensi

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
11 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok