Singapura import ayam dari Indonesia, tambah sumber baharu makanan

July 1, 2022 · Dunia

Indonesia kini turut disenaraikan sebagai antara pengeksport daging ayam sejuk beku, daging ayam diproses dan produk berasaskan ayam ke Singapura, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Khamis.

Dalam hantaran di Facebook, SFA memaklumkan bekalan ayam yang telah diluluskan dari Indonesia kini boleh diimport sebagai sumber tambahan bekalan sedia ada dari Brazil, Thailand dan Australia, menurut laporan Bernama.

“Usaha SFA itu dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam mempelbagaikan sumber bekalan makanan dan meningkatkan daya tahan bekalan.

“Langkah ini akan melindungi kita daripada ketidaktentuan bekalan global,” menurut SFA.

SFA memaklumkan bahawa kepelbagaian telah menjadi asas kepada strategi menjamin keselamatan makanan Singapura.

“Kerajaan telah melakukan perancangan jangka panjang dan mengambil tindakan secara proaktif melindungi bekalan makanan Singapura,” menurut SFA.

Singapura telah mempelbagaikan sumber makanannya sejak sekian lama, terutama membabitkan makanan asasi seperti telur, ayam dan sayur-sayuran.

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok