Singapura dapat hak jadi penganjur F1 hingga 2028

January 27, 2022 · Dunia

Kota Singa akan terus menjadi tuan rumah Formula 1 Grand Prix Singapura sebagai sebahagian daripada Kejohanan Dunia Formula Satu FIA selama tujuh tahun lagi, dari 2022 hingga 2028.

Ia diumumkan bersama hari ini oleh Formula 1, Singapore GP Pte Ltd (SGP), dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB), menurut laporan Bernama.

“Walaupun sedang berusaha menangani cabaran pandemik, penting untuk kita memberi tumpuan kepada pemulihan dan pertumbuhan jangka panjang,” kata Menteri Pengangkutan & Menteri Perhubungan Perdagangan republik itu, S Iswaran, dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web SGP.

Iswaran berkata perlumbaan F1 Singapura terus menjadi tumpuan utama untuk pelancong, acara global dan pertemuan perniagaan.

“Kami bersetuju meneruskan perlumbaan F1 selama tujuh tahun lagi, selepas menilai secara menyeluruh faedah jangka panjang penggal yang dilanjutkan itu kepada Singapura.

“Pembaharuan itu akan membantu mengekalkan reputasi Singapura sebagai bandar global dengan gaya hidup yang bertenaga, menarik pengunjung antarabangsa, dan menjana pendapatan perniagaan dan pekerjaan untuk rakyat Singapura,” kata menteri itu.

Iswaran berkata Singapura akan memastikan bahawa perlumbaan tahun ini dan seterusnya, sebagai acara sukan antarabangsa berskala besar, yang selamat untuk Covid-19, berdasarkan situasi pandemik semasa dan penilaian kesihatan awam.

Menurut kenyataan itu, perlumbaan waktu malam di Singapura telah berlangsung 12 kali sejak dimulakan pada 2008.

Kira-kira 268,000 penonton hadir ketika kali terakhir dianjurkan pada 2019, kehadiran kedua tertinggi untuk perlumbaan itu.

Sejak dianjurkan pada 2008, perlumbaan itu menjana lebih S$1.5 bilion dalam pelancongan dan menarik lebih 550,000 pelancong antarabangsa.

Kenyataan itu menyebut ia merupakan pembaharuan kontrak kali keempat untuk Singapura, dan lanjutan tujuh tahun adalah yang paling lama untuk penganjuran perlumbaan itu setakat ini.

“Singapura mempunyai tempat istimewa dalam kalendar F1, dan lanjutan ini adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang kami untuk terus mengembangkan sukan itu di Asia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Formula 1, Stefano Domenicali.

“Rancangan yang disediakan untuk mengurangkan kesan karbon di acara itu mengagumkan dan sejajar dengan rancangan kami untuk menjadi acara sukan Sifar Pelepasan Karbon menjelang 2030,” katanya.

Berita berkaitan
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
PMX kata 47 kes mahkamah Zahid dihentikan kerana boleh dipersoalkan: Laporan
September 15, 2023· Politik
Mahkamah serah pasport sementara kepada Rosmah untuk Singapura
August 17, 2023· Isu semasa
Rosmah mohon dapatkan pasport sementara ke Singapura
August 16, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok