Singapura cipta kit PCR khusus uji varian Omicron

December 7, 2021 · Dunia

Syarikat bioteknologi tempatan, BioAcumen Global (BioA) sudah mencipta kit reaksi rantaian polymerase (PCR) Covid-19 yang pertama dan khusus untuk ujian saringan varian Omicron.

Kit Ujian Pengesanan Omicron BioA boleh mengesan varian Omicron dengan lebih khusus selain varian Covid-19 lain sebelum ini.

Ini bermaksud, setiap individu akan mendapat keputusan dari salah satu daripada tiga hasil ujian iaitu sama ada positif Covid-19 dan positif Omicron dengan keputusan negatif Omicron atau negatif Covid-19 dan Omicron.

Buat masa ini, kit PCR hanya berupaya mengesan varian Omicron melalui cara penjujukan gen bagi mengesahkan jenis varian dan mengambil masa tambahan satu hari untuk mendapatkan keputusan.

Dengan adanya kit ujian baharu ini, ia mampu mengesan dan mengenal pasti varian Omicron dengan lebih terperinci dan khusus serta dapat mempercepatkan keputusan ujian tersebut.

Ujian PCR secara amnya akan mengambil masa beberapa jam untuk diproses, dengan mengambil kira masa yang perlu diambil untuk melakukan sampel calitan, logistik dan keputusan hasil ujian.

Ianya juga tidak termasuk dengan tempoh masa yang diperlukan bagi melakukan penjujukan gen tambahan jika perlu.

Selain itu, sesetengah kit PCR yang sedang digunakan kini di firma teknologi perubatan Acumen Diagnostics dan firma bioteknologi MiRXES mampu mengesan kedua-dua varian Delta dan Omicron namun, bagi mengesahkan jika ianya kes positif Omicron, memerlukan ujian penjujukan gen.

Antara kelebihan ujian Omicron BioA ini adalah ia disejukbekukan supaya tidak lagi memerlukan proses penyejukan seperti kit ujian PCR ‘basah’ lain dan ini akan memudahkan simpanan serta ketetapan pengangkutan selain kit itu boleh disimpan pada keadaan suhu bilik sehingga tempoh setahun.

Dengan itu, ujian calitan hanya perlu dimasukkan ke dalam bahan pracampur sebelum adunan itu dimasukkan ke dalam mesin PCR dan hasilnya akan diperoleh dalam tempoh 90 minit selepas sampel calitan diambil.

Sejak Mei lalu, BioA sudah mula menghasilkan kit yang disejukbeku dan melihat pada kemudahan dan kelajuan kit tersebut dalam mengesan varian Omicron, syarikat itu berharap ia dapat digunakan di tempat tertentu seperti di pusat pemeriksaan imigresen.

Kata Pengarah BioA, Jimmy Toh memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk mengkaji bagaimana cara untuk mengurangkan langkah dan masa yang diperlukan untuk menjalankan ujian berkenaan.

“Ini penting untuk memastikan keadaan khususnya di sempadan negara di mana ujian lebih tepat perlu dikendalikan di lokasi terlibat.

“Kita tiada masa untuk menunggu dengan lama keputusan penjujukan untuk mengetahui sekiranya seseorang individu itu positif jangkitan varian Omicron.

Dalam tempoh 24 jam, Singapura hari ini merekodkan 662 kes baharu dan 4 kematian, serta dua kes melibatkan varian Omicron Covid-19 dilaporkan di republik itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok