Singapura catat 4,848 kes baharu

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan sebanyak 4,848 jangkitan baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi (27 Mac), turun 1,586 kes, berbanding 6,434 kes yang direkod pada Sabtu.

Jangkitan itu, kata MOH melibatkan 4,747 penularan tempatan dan 101 lagi membabitkan pengembara luar.

Dalam tempoh itu juga seramai empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, menjadikan keseluruhan kematian sejak awal 2020 lalu sebanyak 1,250 kes.

Sejak awal 2020 lalu hingga hari ini, Singapura mencatat 1,072,005 kumulatif kes positif.

Data terbaharu di kemas kini laman sesawang MOH malam ini menunjukkan seramai 694 pesakit masih dirawat di hospital, dan 86 pesakit memerlukan bantuan oksigen.

Seramai 22 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi, turun berbanding 24 kes pada Sabtu.

Kebanyakan jangkitan baharu Covid-19 di Singapura melibatkan Protokol 2, iaitu mereka yang sihat atau dinilai mempunyai gejala ringan.

Antara kes baharu yang dilaporkan membabitkan 4,305 diklasifikasikan di bawah Protokol 2, terdiri daripada 4,221 kes tempatan dan 84 jangkitan import. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR