Singapura catat 26,032 kes harian tertinggi semalam

February 23, 2022 · Dunia

Ketika Singapura melaporkan paras tertinggi jangkitan harian baharu lebih daripada 26,000 kes Covid-19, Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (22 Februari 2022) memperkenalkan langkah baharu bagi mengurangkan tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan negara itu.

Waktu Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) dibuka akan dilanjutkan, manakala perunding teleperubatan akan disediakan di pusat ujian gabungan untuk mereka yang mempunyai simptom Covid-19.

Pada masa sama MOH mengulangi gesaannya agar orang ramai mengelak daripada tergesa-gesa ke hospital jika bukan kes kecemasan.

Jumlah jangkitan baharu semalam melibatkan 25,731 penularan tempatan dan 301 kes import.

Empat pesakit turut meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, menjadikan jumlah kematian kepada 956 kes.

Sehingga kini terdapat 1,608 pesakit di hospital, menurut statistik terkini di laman web MOH, dengan seramai 190 pesakit memerlukan bantuan oksigen.

Walaupun bilangan pesakit yang memerlukan oksigen dan unit rawatan rapi (ICU) tidak tinggi, terdapat lonjakan permintaan katil hospital kebanyakannya bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik, kata MOH.

Katanya lagi, ramai pesakit pergi ke hospital, poliklinik dan klinik biasa apabila mengalami simpton ringan atau tiada simptom untuk mendapatkan ujian pantas antigen (ART).

Ujian terbabit dijalankan oleh profesional perubatan dan didokumenkan dalam rekod MOH termasuk dikeluarkan sijil perubatan.

MOH berkata perkembangan terbaru itu menambah beban kerja secara ketara kepada penyedia penjagaan kesihatan yang sememangnya berada di bawah tekanan yang tinggi.

Pesakit, termasuk kanak-kanak yang didaftarkan di jabatan kecemasan dengan keadaan bukan kecemasan boleh dipindahkan ke klinik penjagaan segera atau klinik penjagaan lain untuk penilaian lanjut, tambah kementerian itu. – Agensi

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Golongan berisiko digalakkan memakai pelitup muka
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Wanita Iran potong rambut, bakar tudung protes kematian gadis
September 22, 2022
Barat sekat Russia daripada Swift: Apakah sistem pembayaran global?
February 27, 2022
Indonesia sedia keluar daripada fasa kecemasan pandemik: Pakar
September 25, 2022
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
September 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
51 minit lalu · Dunia
AS beri amaran kepada Russia tak guna senjata nuklear di Ukraine
8 jam lalu · Dunia
Hujan lebat, petir di India ragut 36 nyawa dalam tempoh 24 jam
21 jam lalu · Dunia
Thailand turunkan tahap ancaman Covid, tarik balik perintah darurat
September 25, 2022 · Dunia
Indonesia sedia keluar daripada fasa kecemasan pandemik: Pakar
September 25, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok