Singapura catat 15,836 kes baharu

February 20, 2022 · Dunia

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan 15,836 jangkitan baharu Covid-19 dikesan di negara itu dalam tempoh 24 jam semalam, turun berbanding 18,094 yang dicatat pada Jumaat.

Empat pesakit Covid-19 juga meninggal dunia semalam, kata MOH dalam kenyataan malam tadi.

Jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital sebanyak 1,491, meningkat daripada 1,458 berbanding pada Jumaat, MOH dalam kemas kini laman sesawangnya.

Untuk hari ke-15 berturut-turut, jumlah kemasukan ke hospital telah melebihi 1,000 kes.

Terdapat 43 pesakit di unit rawatan rapi, meningkat daripada 39 pada Jumaat, manakala seramai 182 pesakit memerlukan sokongan oksigen.

Daripada 15,699 kes tempatan yang direkodkan pada Sabtu, 13,995 dikesan melalui ujian pantas antigen (ART), di mana pesakit tidak menunjukkan gejala atau hanya mengalami gejala ringan.

Sebanyak 1,704 kes lagi dikesan melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).

Terdapat juga 137 kes import baharu, dengan 71 dikesan melalui ujian PCR dan 66 melalui ART.

Kadar jangkitan Covid-19 mingguan berada pada 1.54, meningkat daripada 1.46 pada Jumaat.

Sejak awal 2020 lalu hingga Jumaat, Singapura merekodkan kumulatif positif sebanyak 567,355 kes dan 941 kematian.

Kira-kira 94 peratus daripada populasi yang layak telah lengkap menerima vaksin Vovid-19, manakala 65 peratus telah menerima suntikan penggalak. – Agensi

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022
Lagi Dunia terkini
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
September 30, 2022 · Dunia
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022 · Dunia
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022 · Dunia
Rakyat Kuwait mula mengundi pilih Parlimen baharu
September 29, 2022 · Dunia
Taufan Ian, ribut paling kuat landa AS rempuh Florida awal pagi tadi
September 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
15 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok