Singapura catat 15,345 kes baharu

Singapura hari ini (11 Mac 2022) melaporkan 15,345 jangkitan baharu Covid-19 sehingga tengah hari tadi, turun berbanding 16,165 kes pada Khamis.

Menurut data terbaharu Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), jumlah itu termasuk 15,130 jangkitan tempatan dan 215 kes import,

MOH juga memaklumkan dalam tempoh itu 14 kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan, meningkat berbanding enam pada Khamis, menjadikan kumulatif keseluruhan sebanyak 1,129 kes.

Terdapat 1,396 pesakit masih dirawat di hospital akibat jangkitan Covid-19. Seramai 170 pesakit memerlukan bantuan oksigen, lapor MOH menerusi laman sesawangnya lewat malam ini.

Seramai 39 pesakit juga masih dirawat di unit rawatan rapi, berbanding 36 pada Khamis.

Menurut MOH, kebanyakan pesakit baharu Covid-19 melibatkan Protokol 2 iaitu mereka yang tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

Daripada jangkitan harian semalam, 13,354 adalah kes Protokol 2, yang melibatkan 13,215 penularan tempatan dan 139 kes import.

Sejumlah 1,991 lagi kes disahkan melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR), dengan 76 daripadanya adalah jangkitan import.

Kadar kebolehjangkitan mingguan ialah 0.92, lebih rendah daripada 0.93 pada Khamis. Angka di bawah 1 menunjukkan bahawa bilangan kes Covid-19 mingguan baharu semakin menurun.

Sejak permulaan wabak Covid-19 di Singapura hingga hari ini, negara itu merekodkan 917,103 kes positif. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR