Singapura catat 10,713 kes baharu

Sebanyak 10,713 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan di Singapura dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi menjadikan kumulatif positif mencecah 986,320 kes sejak awal 2020 lalu.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) juga memaklumkan dalam tempoh itu seramai 12 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 menjadikan keseluruhannya 1,182 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, 10,585 melihatkan penularan tempatan manakala 128 lagi kes import.

Terdapat 1,230 pesakit di hospital, menurut statistik jangkitan terkini di laman web MOH, dengan seramai 146 pesakit memerlukan sokongan oksigen.

Seramai 29 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi berbanding 36 pada Rabu.

Kebanyakan jangkitan baharu Covid-19 di Singapura melibatkan Protokol 2 iaitu mereka yang sihat dan mempunyai gejala ringan.

Antara kes baharu yang dilaporkan pada Khamis, 9,515 diklasifikasikan di bawah Protokol 2, terdiri daripada 9,425 kes tempatan dan 90 jangkitan import.

Sebanyak 1,198 kes lagi disahkan melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR), dengan 38 daripadanya adalah jangkitan import. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR