Singapura berhati-hati buka semula negara, kes naik

September 27, 2021 · Dunia

Kerajaan Singapura terdorong untuk mengutamakan rancangan kawalan pandemik Covid-19 ekoran kenaikan angka jangkitan dan kematian sejak beberapa minggu ini.

Menteri Luar, Vivian Balakrishnan memaklumkan keutamaan kerajaan negara itu sekarang ini adalah untuk memastikan kemudahan penjagaan kesihatan supaya tidak terlalu terbeban.

Beliau menjawab demikian, ketika isu untuk melonggarkan sekatan pergerakan dalam kalangan negara Asean sedang giat dibincangkan ketika di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kira harus menguruskan tindakan untuk mengenal pasti sijil kesihatan dan sijil vaksin dari satu sudut bagi memastikan sistem digital dan keupayaan negara kita untuk melakukan pengesahan rekod.

“Seterusnya, ia juga harus memutuskan cara bila dan bagaimana untuk melonggarkan serta sejauh mana pergerakan boleh dibenarkan.

“Hal ini menjadi semakin sukar bagi Singapura apabila keputusan untuk buka atau ketatkan pergerakan amat bergantung kepada keadaan dalaman masa itu,” jelasnya.

Semalam, terdapat 1,939 kes baharu Covid-19 dan dua kematian dilaporkan akibat jangkitan Covid-19.

Kes kematian itu melibatkan dua wanita warga Singapura yang tidak divaksin, masing-masing berusia 97 tahun dan 69 tahun. Mereka adalah korban terbaharu akibat komplikasi jangkitan wabak ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, kedua-dua wanita itu mengalami masalah kesihatan di mana wanita pertama dilaporkan mempunyai sejarah kadar lemak yang tinggi dalam darah, manakala wanita kedua mempunyai sejarah tekanan darah tinggi.

Ini menjadikan angka kematian akibat Covid-19 di Singapura sudah mencecah kepada 78 orang walaupun hampir keseluruhan rakyatnya dijangka lengkap divaksin menjelang akhir bulan ini.

Sejak akhir tahun 2019, wabak Covid-19 sudah menular ke hampir 221 buah negara di seluruh dunia dan sehingga kini, ianya telah menjangkiti lebih 232,604,233 orang serta mengakibatkan lebih 4,761,967 kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok