Singapura benarkan jururawat Islam hospital awam pakai tudung

August 30, 2021 · Dunia

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan jururawat yang beragama Islam dalam sektor kesihatan awam akan dibenar memakai tudung ketika menyarung seragam, mulai November ini.

“Saya harap keputusan ini akan diterima semua pihak dengan semangat yang betul, dalam usaha memperkukuh iltizam bersama kita dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura.

“Kami membuat penyesuaian dengan berhati-hati demi memastikan keharmonian kaum dan agama. Pendekatan seperti ini, telah membuahkan hasil sejak bertahun-tahun.

“Dan kita harus meraikan apa yang telah dicapai: negara yang benar-benar berbilang kaum, berbilang agama, dengan kita dapat menyaksikan banyak interaksi mesra dan akrab dipaparkan setiap hari,” kata Hsien Loong semalam

Memetik Bernama, beliau berkata pada 2014 terdapat perbincangan hangat mengenai isu tudung dan mesyuarat tertutup dengan pemimpin Islam juga telah diadakan.

“Kami berbincang dari hati ke hati. Mereka menjelaskan kepada saya mengapa pemakaian tudung penting dan mereka berharap kerajaan akan membenarkan.

“Saya beritahu mereka bahawa saya amat memahami, tetapi saya juga menjelaskan perspektif kerajaan dan alasan di sebalik dasar kami,” katanya.

Namun, disebabkan beberapa alasan yang kukuh, Lee berkata untuk Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Home Team dan perkhidmatan beruniform yang lain, kerajaan perlu mengekalkan status quo.

“Mereka menegakkan undang-undang Singapura. Mereka mesti selalu dilihat menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih. Sebab itu mereka semua memakai seragam yang sama,” katanya.

Bagi jururawat di hospital, katanya:

“Di sini, percanggahan pendapat cuba diseimbangkan. Satu pihak adalah kemahuan rakyat manakala kerajaan di satu lagi sudut, memikirkan aspek kebangsaan dan perkara spesifik.

“Pesakit di hospital pula sering resah dan adakalanya tenat. Jadi penting mereka melihat semua jururawat dalam keadaan sama. Pada satu lagi aspek pula, jururawat juga perlu berasa selesa untuk menjaga semua pesakit, tidak kira agama atau kaum.

“Kami tidak mahu perbezaan ketara dalam isu pakaian seragam jururawat menjadikan perkara ini sukar ditangani,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah pun memberitahu pemimpin Islam pada 2014 bahawa dasar kerajaan dalam sektor penjagaan kesihatan tidak bermakna ia tidak boleh diubah.

“Kami memantau keadaan. Jika dan bila kita mahu mengubah pendirian, kami pasti akan terlebih dulu memastikan semua – Islam dan bukan Islam – faham serta dapat menerima perubahan itu. Kerana bertudung bukan saja isu membabitkan orang Islam. Ia isu negara.

“Dalam banyak keadaan juga wanita Islam yang bertudung kebanyakannya selesa bersosial dengan lelaki dan wanita bukan Islam. Terutamanya di hospital, sesetengah staf yang tidak berseragam, memakai tudung dan kami melihat hubungan mereka dengan pesakit serta rakan, begitu baik,” katanya.

Berita berkaitan
Singapura tak setuju kelonggaran LGBT seperti disaran Pelosi
August 5, 2022· Dunia
Jururawat didakwa bunuh bayi lelaki
August 1, 2022· Isu semasa
Presiden Sri Lanka kini berada di Singapura selepas melarikan diri
July 15, 2022· Dunia
Polis Singapura siasat peguam Malaysia kerana hina mahkamah
July 10, 2022· Dunia
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
August 14, 2022
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
August 11, 2022
Bekas isteri Trump meninggal dunia disyaki jatuh tangga
July 16, 2022
Lagi Dunia terkini
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
2 jam lalu · Dunia
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
2 jam lalu · Dunia
Salman Rushdie ditikam 10 kali
17 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok