Singa terlepas dari ‘sangkar’ di Lapangan Terbang Changi

Keadaan di Lapangan Terbang Changi, Singapura semalam menjadi huru-hara dan penumpang menjadi panik apabila dua ekor singa yang akan dibawa ke luar negara terlepas dari sangkar, dengan seekor daripadanya dilihat sedang duduk atas sangkarnya.

Situasi panik itu berterusan sehingga dua singa tersebut ditembak dengan ubat pelali dan kini sedang dirawat di bawah pusat jagaan Mandai Wildlife Group (Mandai).

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang menguruskan penghantaran singa berkenaan segera menghubungi pasukan jagaan veterinar dan karnivor itu bagi mendapatkan bantuan.

Tidak maklumat dapat dikenal pasti dari mana singa itu tiba dan ke mana destinasinya, tetapi difahamkan terdapat tujuh ekor singa yang akan dihantar menggunakan pesawat sama.

Pihak SIA menjelaskan singa itu masih berada dalam lingkingan jaringan keselamatan yang dipasang di sekeliling kontena sepanjang masa walaupun ianya terlepas dan tiada sebarang gangguan pada operasi pesawat.

“Pada masa yang sama kes ini disiasat, keutamaan serta-merta diberikan kepada keadaan keselamatan singa itu sendiri.

“Pihak SIA dengan kerjasama Mandai, akan mengusahakan satu-satunya kemudahan hidupan liar di Singapura dan memiliki kelengkapan lengkap untuk menjaga karnivor besar seperti ini,” jelasnya.

BERITA BERKAIT
POPULAR