
Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan hari ini, 14 Mei 2022, dilantik sebagai Presiden UAE yang baharu susulan kemangkatan abang tirinya semalam. - Gambar Reuters
Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan hari ini, dipilih sebagai Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor media rasmi negara itu WAM, sehari selepas kematian abangnya Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan.
Pemerintah tujuh wilayah syeikh di UAE membuat keputusan itu pada mesyuarat yang diadakan di Istana Al-Mushrif di Abu Dhabi, kata WAM.
WAM menyifatkan undi itu sebulat suara di kalangan syeikh UAE.
“Kami mengucapkan tahniah kepadanya, dan kami berikrar taat setia kepadanya, dan rakyat kami berikrar taat setia kepadanya,” kata pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum, di Twitter selepas pengundian.
“Seluruh negara dipimpin oleh beliau untuk membawanya ke jalan kejayaan dan kehormatan, insya-Allah,” tambahnya.
Lebih dikenali sebagai MBZ, Sheikh Mohamed adalah salah seorang pemimpin paling berkuasa di dunia Arab. Lulusan Akademi Tentera Diraja Britain Sandhurst, beliau memimpin salah satu tentera yang paling lengkap di rantau Teluk.
Bekerja di belakang tabir selama bertahun-tahun sebagai pemimpin de facto, Sheikh Mohamed, 61, mengubah tentera UAE menjadi pasukan berteknologi tinggi, yang ditambah dengan kekayaan minyak dan status hab perniagaannya, meluaskan pengaruh UAE ke peringkat antarabangsa.
Sheikh Mohamed mula menggunakan kuasa dalam tempoh apabila abang tirinya Sheikh Khalifa mengalami serangan penyakit, termasuk strok pada tahun 2014. Di bawah arahannya, UAE telah meletakkan seorang lelaki di angkasa, dan membuka reaktor nuklear pertamanya.
MBZ mengetuai penjajaran semula Timur Tengah dengan Israel dan mewujudkan paksi baharu anti-Iran.
Di bawah kepimpinannya, UAE mengambil pendekatan yang lebih tertumpu kepada ketenteraan di rantau Teluk, menyertai Arab Saudi dalam perang selama bertahun-tahun di Yaman yang masih berlarutan hingga ke hari ini.
Peralihan kuasa itu adalah kali ketiga UAE memilih seorang presiden sejak menjadi negara merdeka pada 1971. Kecepatan pengumuman pada Sabtu bagi menunjukkan perpaduan dan meyakinkan dunia tentang kestabilan negara pengeluar minyak dan gas yang menjadi tuan rumah pasukan tentera Barat.
MBZ menjadi presiden tatkala hubungan lama UAE dengan Amerika Syarikat (AS) kelihatan tegang berikutan persepsi AS telah berpisah daripada kebimbangan sekutu Teluknya berkaitan keselamatan.
Abu Dhabi, dengan sebahagian besar kekayaan minyak negara Teluk, telah memegang jawatan presiden sejak penubuhan persekutuan UAE oleh bapa Sheikh Khalifa, Almarhum Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pada 1971. – Agensi