Setiausaha Agung PBB dijangka bertemu Putin di Moscow pada 26 April

April 23, 2022 · Dunia

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres akan melawat Moscow pada 26 April dan dijadual bertemu dengan Presiden Vladimir Putin.

Selain itu, beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat kerja dan menghadiri jamuan tengah hari dengan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov, lapor Agensi Berita Xinhua memetik jurucakap Stephane Dujarric, lapor Bernama.

“Setiausaha Agung itu berkata, pada masa yang mencabar dan berisiko ini, beliau ingin membincangkan langkah-langkah segera untuk mewujudkan keamanan di Ukraine dan masa depan multilateralisme berdasarkan Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

“Beliau berkata Ukraine dan Rusia adalah ahli pengasas PBB dan sentiasa menjadi penyokong kuat organisasi itu,” kata jurucakap itu.

Guterres pada Selasa menggesa agar gencatan senjata kemanusiaan selama empat hari di Ukraine bagi membolehkan pembukaan koridor bantuan kemanusiaan ketika semasa perayaan kristian ortodoks.

Berita berkaitan
Tun Maimun dedah gangguan terhadap badan kehakiman tahun lalu
January 9, 2023· Isu semasa
Najib mohon badan dunia campur tangan, minta dibebaskan: Peguam
January 5, 2023· Isu semasa
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
October 2, 2022· Isu semasa
Kenapa ramai sangat ikut PM ke New York dan berapa kosnya? soal Salahuddin
September 25, 2022· Politik
Popular
Mahkamah Indonesia tolak permohonan halalkan ganja perubatan
July 20, 2022
Ramai wanita bekerja di Jepun bunuh diri
November 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok