Serangan bom, pembakaran di 17 tempat gegar Selatan Thailand

August 17, 2022 · Dunia

Letupan dan kebakaran tercetus di sekurang-kurangnya 17 lokasi di Selatan Thailand, hari ini (17 Ogos), dalam apa yang kelihatan seperti beberapa serangan terancang yang mencederakan tujuh individu, kata pihak berkuasa.

Pengeboman dan pembakaran berlaku selepas tengah malam dan menyasarkan kedai serbaneka serta sebuah stesen minyak di tiga wilayah, Yala, Pattani, dan Narathiwat, menurut kenyataan polis dan tentera.

Tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab atas serangan setakat ini.

Di wilayah Yala, bom meletup di dalam kedai 7-Eleven yang terletak dalam stesen minyak PTT di daerah Yaha.

Kapten Polis Sarayut Kochawong, seorang penyiasat di balai polis Yala, berkata kira-kira jam 11.50 malam seorang lelaki memakai topeng muka dan pakaian wanita Islam masuk ke dalam kedai dan meletakkan beg hitam di kaunter.

Kira-kira 10 minit kemudian bom di dalam beg itu meletup. Letupan itu menyebabkan beberapa kerosakan pada stor tetapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

Di daerah Bannang Sata, kira-kira tengah malam, empat lelaki menunggang dua motosikal dan melemparkan bom pembakar ke arah kedai 7-Eleven, di kampung Moo 2 di tambon Bannang Sata. Kebakaran menyebabkan sedikit

Wilayah di Selatan Thailand di sepanjang sempadan dengan Malaysia telah menyaksikan pemberontakan peringkat rendah selama berdekad-dekad, di mana kerajaan Thai telah memerangi kumpulan pejuang yang menuntut kemerdekaan untuk wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan sebahagian Songkhla yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Konflik yang berlaku sejak 2004 lalu mengorbankan lebih 7,300 orang, menurut kumpulan Deep South Watch, yang memantau keganasan itu.

Rundingan damai yang bermula pada 2013 telah menghadapi gangguan berulang kali.

Serangan pada Rabu berlaku selepas kerajaan Thailand awal tahun ini memulakan semula rundingan dengan kumpulan pemberontak utama, Barisan Revolusi Nasional, selepas tertangguh selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (PULO), yang diketepikan daripada pusingan terbaharu rundingan, melakukan pengeboman pada Ramadan lalu sambil mendakwa dialog itu tidak inklusif. Kerajaan telah menyatakan bersedia untuk berbincang dengan semua kumpulan.

Ketua pertubuhan itu, Kasturi Makhota, memberitahu Reuters bahawa serangan pada Rabu itu “tiada kaitan dengan PULO”.

Berita berkaitan
Unit Pemusnah Bom tak kesan bahan meragukan di Bank Negara: Polis
September 20, 2023· Isu semasa
Enam serangan terancang gegar tiga wilayah Selatan Thai malam tadi
April 15, 2023· Dunia
Adakah jika bukan Najib maka hakim, mahkamah akan dikritik?
April 7, 2023· Isu semasa
Kim Jong-un arah tentera siap sedia serangan nuklear ke atas AS
March 20, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok