Seorang wartawan Vietnam dijatuhi hukuman penjara 5 tahun

March 24, 2022 · Dunia

Pihak berkuasa Vietnam digesa membebaskan seorang wartawan, Le Van Dung dan membatalkan hukuman hukuman penjara melibatkan pengamal media, kata Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ).

Mahkamah di Hanoi mensabitkan kesalahan Dung dalam perbicaraan yang berlangsung selama dua jam pada 23 Mac mengikut Perkara 117 kanun keseksaan undang-undang negara komunis tersebut.

Dibawah undang-undang tersebut, seseorang individu dilarang “membuat, menyimpan dan menyebarkan maklumat dan bahan” menentang negara atau pemerintah dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama lima.

Tuduhan terhadap Dung yangjuga dikenali sebagai Le Dung Vova, berpunca daripada video dihasilkannya dan dimuatnaik dalam talian sejak Mac 2017 sehingga September 2018.

Menurut keputusan mahkamah tindakan tersebut didakwa memfitnah pentadbiran Parti Komunis selaku pemerintah negara.

Pihak berkuasa menahan Dung dalam tahanan sebelum dibicarakan sejak 30 Jun 2021, selepas ditangkap ketika berada di rumah saudaranya di Hanoi sejak berjaya menyembunyikan diri susulan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Sebelum perbicaraan, peguam Dung berkata sudah merancang untuk merayu jika dia disabitkan kesalahan, kata laporan itu.

“Pihak berkuasa Vietnam tidak seharusnya menentang rayuan wartawan bebas Le Van Dung, dan harus segera dan tanpa syarat membebaskannya,” kata Shawn Crispin, wakil kanan CPJ Asia Tenggara.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Ini bukan keputusan yang mudah ditelan, kata Syed Saddiq
November 9, 2023· Politik
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok