Seorang wanita Jepun disahkan tertua di dunia meninggal dunia

April 26, 2022 · Dunia

Seorang wanita Jepun yang disahkan secara rasmi sebagai orang tertua di dunia meninggal dunia pada usia 119 tahun, menurut laporan BBC.

Kane Tanaka dilahirkan pada tahun 1903, tahun sama dengan penulis tersohor, George Orwell, pada masa Jepun muncul sebagai kuasa global.

Tanaka berkahwin satu abad yang lalu dan mempunyai empat orang anak.

Sisa kehidupannya dihabiskan di rumah jagaan orang tua di Jepun, kebanyakkan masanya menikmati permainan papan dan coklat.

Selepas kematiannya, manusia tertua di dunia yang masih hidup kini Lucile Randon, seorang biarawati Perancis berusia 118 tahun.

Tokoh yang sama tahun kelahirannya, Theodore Roosevelt adalah presiden Amerika Syarikat dan Edward VII adalah Raja British.

Pada tahun kelahirannya juga Wright Brothers melakukan penerbangan pertama kapal terbang dan jelajah Tour de France diadakan buat kali pertama.

Pada tahun berikutnya, Rusia berperang melawan Jepun dan mengalami kekalahan besar.

Tanaka merupakan anak ketujuh daripada sembilan beradik. Dia berkahwin pada usia 19 tahun dan menjalankan pelbagai perniagaan, termasuk kedai mi.

Suaminya, yang tidak ditemuinya sebelum hari perkahwinan mereka, terlibat dalam Perang Kedua China-Jepun pada 1937 manakala anaknya bertempur dalam Perang Dunia II, dan ditahan sebagai tawanan oleh Kesatuan Soviet.

Tanaka sepatutnya mengambil bahagian dalam larian obor di Sukan Olimpik Tokyo tetapi wabak Covid-19 menghalangnya daripada berbuat demikian.

Tanaka dikatakan sering bangun awal awal di rumah jagaannya, menghabiskan masa menelaah matematik dan kaligrafi.

Semasa majlis mengiktirafnya sebagai orang tertua di dunia pada 2019, Tanaka berkata dia lebih gembira berbanding sebelum ini.

Jepun mempunyai penduduk paling tua di dunia. Lebih daripada satu perempat masyarakat berumur 65 tahun ke atas.

Menurut kajian, faktordiet, penjagaan kesihatan, dan ramai orang tua terus bekerja hingga ke usia lanjut antara faktor dikenal pasti sebagai sebab di sebalik jangka hayat yang panjang dikalangan masyarakat Jepun.

Berita berkaitan
Lelaki intai wanita di tandas pasar raya ditahan polis
October 23, 2023· Isu semasa
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023· Politik
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023· Isu semasa
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Popular
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok