Seorang lelaki sihat berusia 55 tahun mati selepas divaksin

April 28, 2021 · Dunia

Seorang lelaki yang ‘cergas dan sihat’ tubuh badan di Australia meninggal dunia akibat pembekuan darah beberapa hari setelah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Lelaki berusia 55 tahun itu meninggal dunia di Hospital Tamworth pada 21 April setelah menderita kesakitan berpunca daripada darah beku pada paru-parunya, kata kakitangan hospital.

Keluarganya yang sedih dengan kematian tersebut menyifatkan mendiang seorang yang tidak mempunyai masalah kesihatan dan cergas sebelum menerima suntikan vaksin.

Kaitan antara vaksin dan kematiannya dalam siasatan dan pihak berkuasa masih mendapat maklumat berhubung jenis vaksin yang diterimanya.

Seorang ahli keluarga memberitahu mendiang menerima suntikan pada 13 April sebelum kesihatannya kemudian mula merosot.

Pentadbir Barang Terapi (TGA) mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut bagaimanapun tidak dapat membuat sebarang ulasan berhubung isu tersebut bagi melindungi privasi pesakit.

“Semua laporan kepada TGA kematian setelah vaksinasi ditinjau untuk menilai kemungkinan vaksin tersebut menyumbang kepada kejadian atau keadaan perubatan yang membawa kepada hasil yang buruk,” kata TGA dalam satu kenyataan.

Sekiranya disahkan kes kematian tersebut mempunyai kaitan dengan vaksin, ia merupakan kes kedua kematian melibatkan vaksin Covid-19 yang disuntik kepada orang ramai.

Awal bulan ini, kerajaan pusat mengumumkan suntikan vaksin Pfizer disyorkan untuk kumpulan orang di bawah usia 50 tahun setelah vaksin AstraZeneca dikaitkan dengan gejala trombosis dimana wujud keadaan darah beku yang jarang berlaku dalam sindrom trombositopenia (TTS).

Terdapat 1.1 juta dos AstraZeneca yang diberikan di Australia pada 22 April, dan enam kes TTS dilaporkan setakat ini.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok