Sembilan maut dalam kebakaran di pusat rawatan Covid-19

March 26, 2021 · Dunia

Sekurang-kurangnya sembilan orang mangsa maut dalam insiden kebakaran di pusat membeli-belah yang menempatkan hospital merawat pesakit coronavirus di Mumbai, kata pihak berkuasa India hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Prashant Kadam berkata beberapa orang masih hilang dan mungkin terperangkap di dalam hospital yang terletak di tingkat tiga pusat membeli-belah itu.

Seramai 70 pesakit yang dijangkiti Covid-19 yang ditempatkan di hospital swasta tersebut dipindahkan ke pusat rawatan lain dan punca kebakaran masih sedang disiasat.

Pihak berkuasa juga belum mendedahkan sama ada mereka yang terkorban adalah pesakit Covid-19.

Mumbai ketika ini sedang bergelut berdepan penularan wabak Covid-19 dan terdapat lebih daripada 5,500 kes dalam sehari pada Khamis, jumlah tertinggi direkodkan sejak wabak itu menular.

Sementara itu, jumlah jangkitan kes Covid-19 baru di India meningkat 59,118 semalam, kenaikan harian tertinggi sejak 18 Oktober, menurut data Kementerian Kesihatan setakat hari ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Lagi Dunia terkini
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022 · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
4 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok