Semakin banyak negara arah rakyat mereka keluar dari Ukraine

February 12, 2022 · Dunia

Setelah beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), mengarahkan rakyat mereka meninggalkan Ukraine, hari ini Australia dan New Zealand turut memberi nasihat sama kepada warganya di negara yang sedang berdepan ancaman serangan Russia.

Kedua-dua negara itu memberi amaran kepada rakyat mereka di Ukraine susulan kemungkinan pencerobohan tentera Russia ke atas negara itu, termasuk melakukan serangan udara, di mana AS berkata serangan boleh berlaku bila-bila masa.

“Nasihat kami adalah jelas. Ini adalah situasi yang berbahaya. Anda perlu segera keluar dari Ukraine,” kata Perdana Menteri Australia Scott Morrison.

Kementerian Luar New Zealand pula berkata keadaan keselamatan di Ukraine boleh berubah dalam masa yang singkat dan rakyat New Zealand tidak seharusnya bergantung kepada bantuan untuk berpindah.

“New Zealand tidak mempunyai perwakilan diplomatik di Ukraine dan oleh itu keupayaan kerajaan untuk memberikan bantuan konsular kepada warga New Zealand di Ukraine adalah sangat terhad,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Jepun, Britain, Latvia, Norway dan Belanda meminta rakyat mereka meninggalkan Ukraine. Israel berkata ia sedang memindahkan saudara-mara kakitangan kedutaan.

Amaran itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS Antony Blinken, yang meninggalkan Australia pada Sabtu, berkata Russia boleh melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine pada bila-bila masa.

Sementara itu, Penasihat Keselamatan Negara AS Jake Sullivan berkata tindakan ketenteraan Russia boleh bermula dengan serangan peluru berpandu dan udara, diikuti dengan serangan darat.

“Sekiranya serangan Russia ke atas Ukraine diteruskan, ia mungkin bermula dengan pengeboman udara dan serangan peluru berpandu yang jelas boleh membunuh orang awam tanpa mengira kewarganegaraan mereka,” katanya.

Russia dilaporkan menempatkan lebih 100,000 tentera di sempadan Ukraine tetapi menafikan merancang untuk menyerang negara yang memohon menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Pegawai AS berkata Moscow boleh menyerang sebelum tamatnya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada 20 Februari dan mungkin berusaha untuk merampas ibu kota Kiev dan bandar-bandar lain. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
PAS anjur perhimpunan hujung minggu ini tak larang laungan takbir: Laporan
October 23, 2023· Politik
Tiada liputan PMX berlepas ke UAE oleh media arus perdana?
October 5, 2023· Politik
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok