Selepas 20 tahun tentera AS akhirnya keluar dari pangkalan udara Bagram

July 2, 2021 · Dunia

Selepas hampir 20 tahun, tentera Amerika Syarikat (AS) akhirnya melangkah kaki meninggalkan pangkalan udara Bagram di Afghanistan – pusat gerakan untuk melenyapkan Taliban serta memburu anggota al-Qaeda.

Pangkalan udara itu diserahkan kepada Pasukan Keselamatan dan Pertahanan Afghanistan secara keseluruhan, kata sumber tentera kepada agensi berita Associated Press.

Sumber lain memberitahu Komander Tertinggi Tentera AS di Afghanistan, Jeneral Austin S Miller masih mengekalkan keupayaan dan melindungi pasukan itu.

Pada kemuncaknya, pangkalan udara Bagram menyaksikan lebih daripada 100,000 tentera AS melalui kawasannya seluas 50km (30 batu) di utara ibu kota, Kabul.

Lapangan terbang Baghram dibina bekas Kesatuan Soviet pada 1950-an. Ketika menyerang Afghanistan pada 1979 untuk menyokong pemerintahan komunis, mereka menjadikannya sebagai pangkalan udara utama untuk mempertahankan kedudukannya di negara itu.

Seorang pegawai Afghanistan memberitahu pangkalan udara itu akan diserahkan secara rasmi kepada kerajaan pada satu majlis pada Sabtu, lapor agensi berita Reuters.

Penarikan diri dari pangkalan udara itu adalah petunjuk paling jelas bahawa 2,500 hingga 3,500 tentera AS yang terakhir telah meninggalkan Afghanistan, awal sebulan daripada dijanjikan Presiden joe Biden bahawa mereka akan keluar menjelang 11 September.

Sebelum ini semua tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga sudah keluar dari Afghanistan.

Bagaimanapun, pegawai AS enggan memberitahu bila kali terakhir tenteranya akan meninggalkan Afghanistan. Sejumlah anggota tenteranya masih mengawal Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul bersama askar Turki.

AS dan NATO meninggalkan Afghanistan tatkala Taliban bergerak dan menawan beberapa daerah di pinggir bandar yang menjadi ibu kota wilayah. – Agensi

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Penyanyi rap dibayar AS$100 juta bantu Jho Low henti siasatan AS
April 21, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok