Selatan Turkiye dilanda dua lagi gegaran gempa bumi

February 21, 2023 · Dunia

Dua gempa bumi menggegarkan wilayah Hatay di selatan Turkiye pada Isnin, hanya dua minggu selepas gempa kuat melanda wilayah itu, menurut agensi pengurusan bencana negara itu.

Menurut agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye, gempa pertama berlaku kira-kira 8.04 malam waktu tempatan (1704GMT) di daerah Defne di Hatay, berukuran 6.4 pada skala Richter
manakala satu lagi gempa bermagnitud 5.8 berlaku tiga minit kemudian, berpusat di wilayah Samandag di Hatay, lapor Bernama.

Gempa pertama berlaku pada kedalaman 16.7 kilometer (km) manakala gempa kedua pada kedalaman 7 km. Kedua-dua gegaran turut dirasai di kawasan sekitar, lapor Agensi Anadolu.

AFAD mengeluarkan amaran menggesa penduduk supaya mengelak kawasan pantai sebagai langkah berjaga-jaga terhadap risiko kenaikan paras laut yang boleh mencecah sehingga 50 cm (1.6 kaki).

Naib Presiden Turki Fuat Oktay pula meminta penduduk di wilayah itu supaya menjauhi bangunan yang rosak ketika pihak berkuasa memeriksa kawasan yang terjejas.

Menteri dalam negeri negara itu berkata sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 213 yang lain cedera dalam gempa bumi itu.

“Tiga rakyat terkorban, masing-masing satu di daerah Antakya, Defne dan Samandag,” kata Suleyman Soylu pada taklimat berita.

Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan di tiga lokasi terbabit, katanya.

Sekurang-kurangnya 32 gegaran susulan direkodkan setakat ini, menurut AFAD.

Wartawan Anadolu Agensi melaporkan bahawa beberapa bangunan runtuh selepas gempa bumi yang turut dirasai di negara jiran Syria.

Berita berkaitan
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023· Isu semasa
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023· Dunia
Gempa bumi di Selat Sunda, Indonesia
May 10, 2023· Dunia
Barat Indonesia dilanda gempa bumi kuat
April 25, 2023· Dunia
Popular
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023
Ramai wanita bekerja di Jepun bunuh diri
November 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok