Sekatan terbaharu Amerika sasarkan anak Putin dan bank milik Rusia

Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah terbaharu dengan mengenakan sekatan terhadap anak perempuan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan juga bank milik negara terlibat dalam konflik dengan Ukraine itu.

Langkah itu juga sebagai tindak balas terhadap kekejaman tentera Rusia di Ukraine, ia termasuk insiden di Bucha, wilayah dalam Ukraine yang menjadi serangan tentera Putin.

Langkah sekatan tersebut melibatkan pembekuan aset di AS milik dua anak perempuan Putin iaitu Mariya Vorontsova dan Katerina Tikhonova, ia bagi menyekat kedua-dua mereka daripada sistem kewangan AS.

Washington juga berkata ia akan mengenakan “sekatan penuh” ke atas Sberbank dan Alfa Bank, institusi kewangan awam dan swasta terbesar di Rusia.

Langkah ini akan menyekat aset bank Rusia kepada sistem kewangan Amerika dan melarang warganya daripada menjalankan perniagaan dengan mereka.

Elit Rusia lain yang menjadi sasaran ialah Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin, isteri dan anak-anak Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov, dan anggota Majlis Keselamatan Rusia, termasuk bekas Presiden dan Perdana Menteri Dmitry Medvedev.

“Individu ini telah mengkayakan diri mereka dengan mengorbankan rakyat Rusia. Sebahagian daripada mereka bertanggungjawab memberi sokongan yang diperlukan untuk menyokong perang Putin ke atas Ukraine,” kata kenyataan Rumah Putih.

Washington berkata sekatan baharu itu sebagai tindak balas kepada “jenayah perang” yang dilakukan oleh tentera Rusia di Ukraine.

BERITA BERKAIT
POPULAR