Saudia Airlines cuba pas kesihatan digital di KLIA-Jeddah

April 13, 2021 · Dunia

Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudia Airlines, akan cuba menggunakan pas perjalanan dan kesihatan digital yang dibangunkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Penggunaan pas itu akan bermula 19 April ini bagi laluan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang King Abdulaziz di Jeddah.

Pas adalah aplikasi mudah alih yang membantu penumpang menguruskan maklumat dan dokumen perjalanan mereka dengan mudah dan selamat, serta mematuhi syarat yang diperlukan untuk mencegah penyebaran virus Covid-19.

Sebagai tambahan kepada maklumat penerbangan dan peribadi, termasuk data pasport, aplikasi ini juga dapat menyimpan hasil ujian Covid-19 yang disahkan dan bukti penerimaan vaksin.

Penumpang juga boleh membuat pilihan untuk berkongsi maklumat yang diperlukan dengan selamat, dengan makmal ujian atau syarikat penerbangan.

Menurut IATA, pengguna tidak perlu bimbang mengenai keselamatan data peribadi mereka kerana ia kekal sulit, dan disimpan dalam bentuk penyulitan data. Sekiranya aplikasi itu dipadam, semua data pengguna yang tersimpan di dalamnya juga akan terhapus.

“Tujuannya adalah untuk membantu memastikan penumpang memperoleh perjalanan yang selamat dan lancar, serta menyokong pemulihan sektor penerbangan yang terkesan akibat wabak Covid-19.

“Ketika proses percubaan dan ujian, IATA akan berusaha mengembangkan aplikasi untuk digunakan di seluruh rangkaian syarikat penerbangan,” kata IATA.

Percubaan menggunakan pas itu akan berterusan sehingga 17 Mei. Pelancong digalakkan untuk menggunakan aplikasi itu, tetapi bukan menjadi syarat wajib.

Dalam tempoh percubaan itu, penumpang masih perlu membawa dokumen biasa, termasuk pasport sama ada yang bercetak atau digital, selain dokumen yang menunjukkan hasil ujian klinikal Covid-19.

Selain itu, pas perjalanan berkenaan juga bukan pengganti kepada pasport dan visa memasuki Arab Saudi. – Agensi

Berita berkaitan
MOTAC tak hadir prosiding isu kecoh di KLIA
July 25, 2023· Isu semasa
Bas macam ‘tin sardin’, Puad tanya menteri tak nak serbu KLIA?
July 15, 2023· Isu semasa
Wanita China ‘diselamatkan’ menteri di KLIA belum balik?
July 11, 2023· Isu semasa
Isu kekecohan menteri di KLIA tak perlu disensasikan: Azam
July 8, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok