Satu daripada 20 individu di UK dijangkiti Covid-19: Data kerajaan

January 6, 2022 · Dunia

Lebih seorang daripada 20 individu di Britain dijangkiti Covid-19 pada minggu terakhir 2021 – kadar jangkitan tertinggi direkodkan sepanjang pandemik, menurut data rasmi pada Rabu, 5 Januari 2022.

Dalam tempoh itu dianggarkan seramai 3.7 juta individu di United Kingdom (UK) dijangkiti virus, meningkat daripada 2.3 juta berbanding minggu sebelumnya, ketika varian Omicron mendorong lonjakan di seluruh negara, kata Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).

Tahap kes tertinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dicatatkan di London, di mana satu daripada 10 orang dijangkiti, menurut ONS, yang dilihat sebagai salah satu kiraan yang paling boleh dipercayai kerana mengambil sampel populasi secara rawak.

Di seluruh England, dianggarkan satu daripada 15 orang dalam komunitinya dijangkiti Covid-19, lapor ONS.

“Kadar jangkitan #Covid19 terus meningkat merentas semua kumpulan umur di England pada minggu yang berakhir pada 31 Disember 2021, dengan kadar tertinggi masih dilihat pada kanak-kanak usia persekolahan dan remaja,” kata ONS.

Di Scotland, Wales dan Ireland Utara, di mana kerajaan masing-masing melaksanakan semula beberapa sekatan dalam minggu-minggu kebelakangan ini, kadarnya rendah sedikit iaitu satu dalam 20 dan satu dalam 25 orang.

Statistik itu ONS menyusul ketika kerajaan Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan peraturan ujian kepada penduduk England yang tidak menunjukkan sebarang gejala akan dihapuskan, bagi mengurangkan rekod jangkitan.

Individu tanpa gejala di England yang positif ujian tidak lagi memerlukan pengesahan ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) mulai 11 Januari, kata Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).

Sebaliknya, mereka yang menerima keputusan positif pada kit ujian RTK Antigen akan dikehendaki mengasingkan diri dengan segera, tanpa memerlukan pengesahan PCR.

Sistem sama akan dimulakan di Scotland dan Wales mulai Khamis.

UK adalah antara negara yang paling teruk terjejas dilanda wabak itu di Eropah, dengan jumlah kematian akibat komplikasi virus berkenaan hampir 150,000 dan jumlah kes harian melangkaui 200,000 dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Johnson memilih untuk tidak memperkenalkan sekatan yang lebih ketat di England, dengan alasan peningkatan tahap kemasukan ke hospital dan penyakit serius belum lagi memerlukan lebih banyak langkah diambil.

Beliau sebaliknya memberi tumpuan untuk mempertingkatkan program suntikan dos penggalak yang menyaksikan hampir 60 peratus individu berusia 12 tahun ke atas setakat ini telah mendapat dos ketiga. – AFP

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok