Sanggup jual mata, buah pinggang, rakan tak bayar pinjaman

October 14, 2021 · Dunia

Seorang kakitangan sebuah majlis tempatan menawarkan menjual mata dan buah pinggang anggota keluarganya bagi mendapatkan wang selepas rumah dan tanahnya disita, susulan menjadi penjamin kepada rakan untuk membeli traktor.

Rakthewa Khapim-udomlarp, 48, kakitangan pentadbiran di daerah Khemarat, Ubon Ratchathani, Thailand, menjadi penjamin kepada isteri seorang pegawai polis untuk membeli sebuah traktor berharga 860,000 baht, tetapi wanita itu gagal membayar pinjaman.

Rakthewa, isteri dan dua anak lelakinya ditemui pemberita ketika berjalan kaki sejauh 100 kilometer dari rumah mereka hari ini ketika hujan lebat, menuju ke pusat bandar wilayah Ubon Ratchathani. Mereka merancang bertemu Perdana Menteri Prayut Chan-O-cha yang dijadual melawat bandar itu esok.

Ketika dalam perjalanan itu mereka mendapat sokongan moral penduduk yang keluar beramai-ramai memberi semangat, setelah mengetahui masalah yang dihadapi.

Keluarga itu sebelum ini memasang dua notis di depan rumah mereka di Kham Pom, menawarkan untuk menjual mata dan buah pinggang keempat-empat mereka bagi mendapatkan wang menyelamatkan rumah mereka dan 9 rai tanah pertanian, lapor media Thailand.

Hartanah dan kediaman itu dirampas jabatan undang-undang pusat pentadbiran wilayah berkenaan dan akan dilelong.

Rakthewa, menandatangani perjanjian menjadi penjamin bagi pembelian traktor pertanian, tetapi wanita berkenaan gagal membayar ansuran bulanan serta faedah yang dikenakan menyebabkan dia dipertanggungjawabkan ke atas hutang itu.

Menurutnya dia dan keluarganya sangat tertekan dan bimbang kehilangan rumah dan mata pencarian mereka.

Dalam keadaan putus asa, keluarga itu memutuskan untuk menjual mata dan buah pinggang atau organ lain, sebagai ganti 860,725 baht yang diperlukan untuk membeli kembali rumah dan ladangnya. – Agensi

Berita berkaitan
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023· Isu semasa
Laporan Ketua Audit: Pinjaman 1MDB sehingga 2022 berjumlah RM18.17 bilion
October 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok