Saintis temui gen tingkatkan risiko kematian akibat Covid-19

January 14, 2022 · Dunia

Saintis Poland melaporkan mereka menemui gen yang dikatakan dua kali ganda mendatangkan jangkitan teruk, bahkan menyebabkan kematian akibat Covid-19 – penemuan yang diharap dapat membantu doktor mengenal pasti individu paling berisiko.

Dengan keraguan terhadap vaksin merupakan faktor utama di sebalik kadar kematian yang tinggi di Eropah tengah dan timur, penyelidik berharap dapat mengenal pasti individu paling berisiko dan menggalakkan mereka mendapatkan suntikan vaksin, selain memberi mereka pilihan rawatan yang lebih intensif sekiranya berlaku jangkitan.

Kementerian Kesihatan (MOH) di Warsaw menjangkakan penemuan itu membantu mengenal pasti individu yang paling berisiko dijangkiti Covid-19, yang telah membunuh lebih 100,000 penduduk di Poland.

MOH juga merancang untuk memasukkan ujian genetik apabila melakukan ujian saringan terhadap individu yang mungkin dijangkiti Covid-19 sebelum penghujung Jun.

Kajian Universiti Perubatan Bialystok menganggarkan bahawa gen itu boleh hadir dalam kira-kira 14 peratus penduduk Poland, berbanding sekitar 9 peratus di Eropah dan 27 peratus di India. Ia adalah faktor keempat paling penting yang menentukan tahap keterukan penyakit selepas umur, berat dan jantina, katanya.

Ujian genetik “boleh membantu mengenal pasti individu yang, sekiranya berlaku jangkitan, mungkin berisiko mendapat penyakit akut, walaupun sebelum jangkitan itu berkembang,” kata Marcin Moniuszko, seorang profesor yang bertanggungjawab ke atas kajian itu, yang dijalankan menerusi penyertaan hampir 1,500 penduduk Poland.

Penemuan itu mungkin menjelaskan salah satu sebab – selain daripada keraguan terhadap vaksin – di sebalik angka kematian Covid-19 yang tinggi di negara itu. Purata lebihan kematian semasa wabak adalah lebihi 20 peratus, salah satu daripada keputusan terburuk di negara Kesatuan Eropah, menurut data Eurostat.

Pada November lalu, saintis Britain berkata mereka mengenal pasti versi gen yang mungkin dikaitkan dengan dua kali ganda risiko kegagalan paru-paru setelah dijangkiti Covid-19. – Agensi

Saintis Poland melaporkan mereka menemui gen yang dikatakan dua kali ganda mendatangkan jangkitan teruk. – Gambar Bloomberg

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok