Saintis pertahan penemuan Deltacron

January 10, 2022 · Dunia

Seorang saintis Cyprus mempertahankan dakwaannya berhubung kewujudan varian baharu Covid-19 – Deltacron – gabungan daripada ciri-ciri yang terdapat pada varian Omicron dan Delta.

Bagaimanapun, saintis lain membuat spekulasi bahawa penemuan Profesor Leonidos Kostrikis adalah hasil daripada pencemaran makmal.

Namun, Kostrikis memberitahu Bloomberg bahawa kes yang beliau kenal pasti menunjukkan tekanan evolusi kepada varian asal untuk bermutasi dan ianya bukan hasil daripada satu penggabungan.

Jangkitan Deltacron adalah lebih tinggi dalam kalangan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital, berbanding pesakit yang tidak dirawat di hospital, sekali gus menolak hipotesis pencemaran, kata Prof Kostrikis, seorang profesor sains biologi di Universiti Cyprus dan Ketua Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul.

Lebih-lebih lagi, sampel berkaitan telah diproses dalam pelbagai prosedur penjujukan di lebih daripada satu negara.

Dan sekurang-kurangnya satu jujukan dari Israel disimpan dalam pangkalan data global mempamerkan ciri-ciri genetik Deltacron, katanya.

“Penemuan ini menyangkal kenyataan bahawa Deltacron adalah terhasil daripada ralat teknikal,” katanya menjelaskan gen virus menentukan bentuk protein yang melakukan beberapa tugas tertentu.

Omicron dan Delta masing-masing mempunyai mutasi dalam ‘protein spike’ yang menjejaskan keupayaan mereka untuk memasuki sel manusia, dengan akibatnya Omicron menjadi lebih mudah berjangkit.

Menteri Kesihatan Cyprus Michael Hadjipantela berkata varian baharu itu tidak membimbangkan, dan butiran lanjut akan diberikan pada sidang akhbar minggu ini, lapor Philenews.

Untuk rekod, ‘Deltacron’ bukan nama rasmi yang diberikan kepada varian Covid-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan ia juga bukan varian yang diiktiraf secara rasmi. – Agensi

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Jemaah umrah antara 104 kes positif varian Omicron di Thailand
December 23, 2021
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok