Saham Tesla jatuh, pelabur bimbang Elon Musk beli Twitter

April 28, 2022 · Dunia

Pelabur menjual pegangan saham Tesla bernilai AS$126 bilion susulan kebimbangan Elon Musk mungkin terpaksa menjual saham dalam syarikat pengeluar kereta elektrik itu untuk membiayai pemilikan syarikat media sosial, Twitter bernilai AS$44 bilion baru-baru ini.

Saham Tesla menjadi sasaran walaupun syarikat itu tidak terlibat dalam pembelian Twitter yang dilakukan Musk.

Musk, ketua eksekutif dan pemegang saham terbesar Tesla, membiayai sebahagian pembelian Twitter dengan nilai sebanyak AS$21 bilion menerusi ekuitinya sendiri dan membuat jaminan pinjaman AS$12.5 bilion lagi daripada pegangan Teslanya.

Kejatuhan 12.2 peratus dalam saham Tesla pada hari Selasa bersamaan dengan kejatuhan AS$21 bilion dalam nilai saham Tesla yang dipegang Musk, nilai sama dengan pegangan tunai yang Musk komited untuk mengambil alih Twitter.

Kejatuhan Tesla turut memberi kesan terhadap sektor saham teknologi, Nasdaq ditutup pada paras terendah sejak Disember 2020 pada Selasa disebabkan pelabur bimbang pertumbuhan global yang perlahan dan kenaikan kadar yang lebih agresif Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Saham Twitter juga merosot pada Selasa, jatuh 3.9 peratus untuk ditutup pada AS$49.68, walaupun Musk bersetuju untuk membelinya pada Isnin dengan harga AS$54.20 sesaham secara tunai.

Sebahagian daripada perjanjian Tesla, Musk juga mengeluarkan pinjaman margin AS$12.5 bilion yang terikat dengan saham Teslanya. Musk sudah meminjam kira-kira separuh daripada saham Teslanya.

Berita berkaitan
Pegangan saham Khazanah RM530.28 juta dalam TNB dilupuskan
October 20, 2023· Isu semasa
Selepas dikritik PN, 33 peratus saham Boustead Plantations tak jadi dijual
October 5, 2023· Isu semasa
33 peratus saham Boustead Plantations dijual untuk selesai hutang: Menteri
September 19, 2023· Isu semasa
Saya sudah pergi ke pejabat Musk lebih awal, sindir Azmin
July 16, 2023· Politik
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok