Russia minta Ukraine bayar bil elektrik setelah tawan loji kuasa nuklear

May 20, 2022 · Dunia

Russia membayangkan ia akan berusaha untuk memotong bekalan elektrik kepada Ukraine dari loji kuasa nuklear terbesar di Eropah melainkan Kyiv membayar Moscow untuk kemudahan itu.

Loji Zaporizhzhia telah ditawan oleh tentera Russia susulan operasi ketenteraan khas Presiden Vladimir Putin di Ukraine yang dilancarkan pada 24 Februari lalu.

“Jika sistem tenaga Ukraine bersedia untuk menerima dan membayar, maka (loji) akan berfungsi untuk Ukraine.

“Jika tidak, maka (loji itu) akan berfungsi untuk Russia,” kata Timbalan Perdana Menteri Marat Khusnullin semalam.

Kenyataannya dibuat selepas pegawai Russia memberitahu bahawa Moscow berhasrat untuk kekal di wilayah yang dikuasainya di selatan Ukraine, seperti Kherson dan sebahagian besar Zaporizhzhia.

“Kami mempunyai banyak pengalaman bekerja dengan loji kuasa nuklear, kami mempunyai syarikat di Russia yang mempunyai pengalaman ini,” kata Khusnullin.

Beliau berkata tidak syak lagi kilang Zaporizhzhia akan terus beroperasi.

Agensi nuklear Ukraine, Energoatom berkata pada Khamis berkata loji itu terus memberi sambungan kepada bekalan elektrik dan grid kuasa negara.

Bagaimanapun, jurucakap Energoatom, Leonid Oliynyk berkata rakyat Russia tidak mempunyai kapasiti teknikal untuk membekalkan tenaga daripada loji kuasa nuklear Zaporizhzhia ke Russia atau Crimea.

“Ini memerlukan kos dan masa…. dan dalam sebulan atau dua Ukraine akan mengawalnya semula,” katanya.

Oliynyk berkata Russia tidak mempunyai keupayaan untuk memotong bekalan elektrik ke Ukraine, kerana “Ukraine mengawal semua peralatan yang berkaitan”.

Pada 2021, sebelum tercetusnya konflik, loji itu menyumbang satu perlima daripada pengeluaran elektrik tahunan Ukraine dan hampir separuh daripada tenaga elektrik yang dijana dalam loji kuasa nuklear negara itu.

Awal Mac lalu, tentera Russia mengawal loji di bandar Enerhodar, dipisahkan oleh sungai Dnipro dari ibu kota wilayah Zaporizhzhia yang masih di bawah kawalan Kyiv.

Pertempuran meletus di loji itu pada hari-hari pertama konflik, menimbulkan kebimbangan kemungkinan bencana nuklear di negara di mana reaktor nuklear meletup di Chernobyl pada 1986.

Pegawai Russia dan pihak berkuasa yang dilantik Moscow berkata minggu lalu bahawa wilayah Kherson di Ukraine, mungkin akan menjadi sebahagian daripada Russia. – Agensi

Berita berkaitan
Kerajaan tekan kumpulan T20, rakyat yang akan kena kesan: Ka Siong
July 2, 2023· Politik
Dasar agih subsidi kerajaan dahulu silap, kata Mat Maslan
May 26, 2023· Isu semasa
Subsidi bersasar elektrik bagi T20 diumum selepas siap Pengkalan Data Utama
May 25, 2023· Isu semasa
Kerajaan umum kadar tarif baharu untuk T20 tak lama lagi: Nik Nazmi
May 23, 2023· Isu semasa
Popular
Pengganas wanita serang ibu pejabat polis di Jakarta ditembak mati
March 31, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok