Russia keluarkan diplomat dari Ukraine, langkah sebelum serang

January 19, 2022 · Dunia

Seminggu sebelum mesyuarat diplomatik secara intensif bermula berhubung penempatan tentera Russia di sempadan Ukraine, pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Kyiv memerhati dari jauh ketika Russia mula mengosongkan kedutaannya di ibu negara Ukraine.

Langkah itu sekali gus dilihat sebagai tindakan awal Kremlin untuk menyerang Ukraine.

Pada 5 Januari lalu, 18 individu – kebanyakannya anak dan isteri diplomat Russia – menaiki bas dan memulakan perjalanan pulang ke Moscow selama 15 jam, menurut seorang pegawai kanan keselamatan Ukraine.

Ianya akan diikuti kira-kira 30 lagi individu dalam beberapa hari akan datang, dari Kyiv dan sebuah konsulat di Lviv, di barat Ukraine.

Diplomat di dua konsulat Russia yang lain telah diberitahu supaya bersiap sedia meninggalkan Ukraine, kata pegawai keselamatan itu.

Bagaimana untuk mentafsir pemindahan itu menjadi sebahagian daripada misteri dalam meramal drama seterusnya dimainkan Presiden Russia Vladimir Putin, tatkala Turki juga memberi amaran supaya Moscow tidak menyerang Ukraine.

Mengurangkan kakitangan Kedutaan Russia mungkin sebahagian daripada propaganda, persediaan untuk menghadapi konflik yang menegangkan atau satu penipuan, kata pegawai Ukraine dan AS. Atau boleh jadi ketiga-tiganya.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, pemindahan secara perlahan – yang kemungkinan besar Russia tahu bahawa AS dan Ukraine sedang memerhati – telah menjadi sebahagian daripada teka-teki tentang apa yang akan berlaku seterusnya.

Pemindahan itu juga menjadi data tambahan kepada serangan siber ke atas kementerian Ukraine minggu lalu, dan laporan daripada Microsoft serta kerajaan AS bahawa virus yang jauh lebih merosakkan telah ditanam dalam rangkaian Ukraine tetapi tidak diaktifkan.

Konvoi kereta api yang sarat dengan kereta kebal, peluru berpandu dan tentera terus bergerak ke barat melalui Russia, menuju ke sempadan Ukraine.

Pemimpin autoritarian Belarus, Alexander Lukashenko pula mengumumkan peralatan dan tentera Russia mula tiba di negaranya untuk latihan ketenteraan di dua kawasan – barat Belarus berhampiran Poland dan Lithuania, dua negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), dan sepanjang sempadan Ukraine, sekali gus membuktikan kemungkinan serangan dilakukan.

Latihan itu diberi nama yang hampir kedengaran Amerika: Allied Resolve. Tetapi pegawai di Kyiv menjangkakan ‘latihan’ di Belarus bertujuan menempatkan tentera Russia di negara itu selama-lamanya, menjadikan Ukraine terbuka untuk diserang dari utara, timur dan selatan.

“Kami akan dikepung sepenuhnya oleh pasukan yang sama,” kata pegawai kanan keselamatan Ukraine itu.

Di Washington, pegawai AS berkata mereka masih menilai bahawa Putin belum membuat keputusan untuk menyerang.

Pegawai AS menyifatkan Putin sebagai ahli taktikal daripada ahli strategi, dan mereka percaya bahawa dia sentiasa menimbang pelbagai faktor yang berbeza.

Antara yang mendapat perhatian ialah sejauh mana Putin boleh mengharungi sekatan terhadap bank dan industri Russia sekiranya menyerang Ukraine, dan sama ada tuntutannya supaya Kyiv berhenti daripada memohon menyertai NATO.

Tetapi pegawai AS berkata Putin mungkin juga telah membuat kesimpulan bahawa, dengan AS dan negara lain membekalkan senjata kepada Ukraine, tentera Russia tidak mempunyai kelebihan.

Setiausaha pertahanan Britain, Ben Wallace, semalam mengumumkan bahawa negara itu akan membekalkan senjata ringan antikereta kebal kepada Ukraine. – Agensi

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad
October 30, 2023· Politik
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok