Russia guna peluru berpandu hipersonik serang Ukraine

Moscow buat pertama kali menggunakan peluru berpandu hipersonik dalam perang dengan Kyiv bagi memusnahkan depot simpanan peluru di barat Ukraine berhampiran sempadan Romania yang juga anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Penganalisis berkata penggunaan peluru berpandu hipersonik itu adalah kali pertama digunakan di dunia.

Kementerian Pertahanan Russia mengumumkan hari ini (Sabtu, 19 Mac 2022) bahawa peluru berpandu itu digunakan untuk menyerang pusat simpanan senjata bawah tanah Ukraine semalam, menurut pegawai Barat.

Memetik laporan agensi berita AFP dan Reuters, serangan peluru berpandu itu berlaku ketika laporan muncul mengenai berasingan di Mykolaiv di selatan Ukraine pada Jumaat, yang membunuh berpuluh-puluh pejuang muda Ukraine di ibu pejabat briged mereka.

Seorang pejuang dikenali sebagai Yevgen berkata ibu pejabat itu adalah menempatka 200 anak muda yang menjalani latihan ketenteraan.

Seorang jurucakap tentera berkata jumlah kematian masih belum diketahui kerana penyelamat dan askar masih mengeluarkan mayat serta mangsa yang terselamat hari ini, menurut laporan wartawan AFP di tempat kejadian.

“Kami masih mengira tetapi mustahil untuk mengetahui, memandangkan keadaan mayat,” kata seorang penyelamat.

BBC memetik seorang wartawan Belgium di tempat kejadian sebagai berkata setakat ini 80 mayat telah dikeluarkan dari runtuhan.

Russia telah melancarkan beberapa serangan udara maut terhadap tapak tentera sejak beberapa hari kebelakangan ini, termasuk penggunaan peluru berpandu hipersonik pada Jumaat.

Russia tidak pernah sebelum ini mengaku menggunakan senjata berketepatan tinggi dalam pertempuran, dan agensi berita negara itu RIA Novosti berkata ia adalah penggunaan pertama senjata hipersonik Kinzhal semasa konflik di barat Ukraine.

‚ÄúSistem peluru berpandu Kinzhal dengan aerobalistik hipersonik memusnahkan gudang besar bawah tanah yang mengandungi peluru berpandu dan peluru di kampung Deliatyn di wilayah Ivano-Frankivsk,” kata Kementerian Pertahanan Russia pada Sabtu.

KH-47M2 Kinzhal ialah peluru berpandu berkeupayaan nuklear yang dilancarkan dari udara dengan jarak 2,000 km. Ia boleh mencapai kelajuan Mach 10 dan mampu melakukan gerakan mengelak sistem pertahanan. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR