Russia enggan laksana sekatan selepas kes Covid-19 naik

Russia hari ini mengumumkan penutupan semula semua sektor tidak penting seperti kedai runcit, sekolah, tadika, tempat sukan serta hiburan dan restoran bagi tempoh 11 hari sehingga 7 November ini, bagi mencegah penularan jangkitan dan kematian akibat Covid-19 selepas perlaksanaan program vaksinasi di negara itu terhenti.

Hanya kedai menjual makanan, ubat-ubatan dan premis penting lain akan tetap dibuka kerana pihak berkuasa ingin mencegah gelombang Covid-19, dimana kadar kematian dan jangkitan di negara itu sudah memecah rekod baharu.

Russia merupakan negara yang paling buruk terjejas semasa pandemik ini dengan mencatatkan lebih 230,000 kematian, namun pihak berkuasa masih enggan melaksanakan penutupan ketat seperti yang dilakukan negara barat lain.

Presiden, Vladimir Putin memberi harapan yang tinggi kepada vaksin keluaran mereka, Sputnik V, akan tetapi penduduk Russia tetap menolak untuk divaksin.

Melalui data dari laman sesawang Gogov sehingga semalam, hanya terdapat 32 peratus dari populasi Russia yang divaksin lengkap.

Minggu lalu, Putin sudah mengarahkan pembayaran cuti berbayar di seluruh negara itu bermula 30 Oktober hingga 7 November ini bagi membendung penularan yang semakin melonjak dan pihak berkuasa juga sudah menggesa agar perkhidmatan tidak penting di Moscow ditutup bermula hari ini.

Semalam, Russia merekodkan lebih 1,123 korban akibat Covid-19 menjadikan angka kumulatif kematian di negara itu mencecah hampir 233,898 dan merupakan korban tertinggi di Eropah.

Manakala, dari data agensi statistik Rosstat pada bulan ini pula mendakwa terdapat lebih 400,000 kematian yang sudah berlaku akibat Covid-19.

Negara itu juga sudah mencatatkan angka rasmi dengan 8.3 juta kes jangkitan, namun terdapat pendapat dari pakar bebas yang mendakwa angka itu sebenarnya dikurangkan.

Sejak dari awal pandemik, selepas beberapa bulan menjalani perintah berkurung, pihak berkuasa Russia masih berdegil dari melaksanakan sekatan kerana risau akan keadaan ekonomi di negaranya, sebaliknya mahukan kebanyakkan dari populasinya untuk mendapatkan suntikan vaksin.

BERITA BERKAIT
POPULAR