Russia bom senjata dikirim AS, Eropah kepada Ukraine

May 21, 2022 · Dunia

Moscow hari ini (21 Mei) mendakwa tenteranya memusnahkan sejumlah besar senjata yang dikirim Barat kepada Ukraine di wilayah Zhytomyr, di barat Kyiv, menggunakan peluru berpandu penjelajah, Kalibr, yang dilancarkan dari laut.

Kementerian Pertahanan Russia dalam satu kenyataan berkata, serangan itu memusnahkan “sekumpulan besar senjata dan peralatan ketenteraan yang dihantar dari Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah” kepada tentera Ukraine di wilayah timur Donbas, di mana pertempuran lebih banyak tertumpu sekarang ini.

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak dapat disahkan secara bebas.

Moscow juga mendakwa peluru berpandu Russia telah menyerang kemudahan penyimpanan bahan api berhampiran Odesa di pantai Laut Hitam dan menembak jatuh dua pesawat Su-25 Ukraine dan 14 dron.

Dalam kemas kini terbarunya mengenai perang, yang disebut Russia sebagai “operasi ketenteraan khas”, Kementerian Pertahanan juga berkata Russia telah menyerang banyak pos pemerintah Ukraine.

Barat telah meningkatkan bekalan senjata ke Ukraine sejak pencerobohan Russia pada 24 Februari lalu dan tentera Russia cuba memintas dan memusnahkannya.

Moscow berkata penghantaran senjata Barat untuk Kyiv, dan pengenaan sekatan drastik terhadap ekonomi Russia, adalah “perang proksi” oleh AS dan sekutunya.

Terdahulu, Moscow berkata kumpulan terakhir tentera Ukraine yang bersembunyi di dalam terowong di bawah kilang keluli Azovstal di Mariupol, menyerah diri kepada askar Russia hari ini.

Beberapa jam sebelum pengumuman Russia, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata askar terakhir di kilang keluli telah diberitahu oleh pihak atasan tentera bahawa mereka boleh menyerah diri demi menyelamatkan nyawa.

Russia berkata terdapat 531 ahli dalam kumpulan terakhir yang telah menyerah kalah. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok