Rusia kemaskini senarai nama sekatan, bekas PM Britain disenarai hitam

August 2, 2022 · Dunia

Kementerian Luar Rusia mengemas kini senarai warga Britain yang disenarai hitam dengan David Cameron, Sir Keir Starmer dan penyampai berita BBC Huw Edwards antara yang terbaharu dilarang memasuki negara itu.

Moscow berkata langkah itu tindak balas terhadap sekatan yang dikeluarkan UK terhadap beberapa menteri, pegawai dan ahli keluarga berpengaruh yang dikaitkan dengan Kremlin berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Mereka yang disekat berpunca daripada “langkah bermusuhan London yang bertujuan untuk memburukkan negara kita dan memisahkan kita daripada dunia antarabangsa”, kata kementerian itu.

Cameron, bekas Perdana Menteri Britain berada dalam senarai nama pertama, diikuti Lord Robertson, bekas setiausaha agung NATO, manakala pemimpin Buruh Sir Keir dan menteri kabinet bayangan Lisa Nandy, David Lammy dan Nick Thomas-Symonds juga disenarai hitam.

Pemimpin Westminster Parti Kebangsaan Scotland (SNP), Ian Blackford, Setiausaha Ekonomi Kerajaan Scotland Kate Forbes dan Wendy Morton, seorang menteri pengangkutan dan sebelum ini bertugas di Pejabat Luar, turut berada dalam senarai itu.

“SNP akan terus bangkit dan menentang tindakan haram Rusia di Ukraine dan kami mengalu-alukan sekatan dikenakan setakat ini,” kata Blackford.

Wartawan termasuk Edwards, Piers Morgan dari TalkTV, Robert Peston dari ITV dan ketua operasi, Sky News John Ryley disenaraikan bersama beberapa wartawan dari pelbagai agensi.

Morgan, menulis di Twitter, berkata: “Ia (Rusia) tidak ada dalam senarai tugasan percutian saya.”

Berita berkaitan
PRK: PN bawa misi teruskan momentum gelombang rakyat, PH-UMNO berdepan ujian
August 26, 2023· Politik
Kim Jong-un arah tentera siap sedia serangan nuklear ke atas AS
March 20, 2023· Dunia
Sindiket pelaburan didalangi warga Britain tumpas, 81 individu ditahan
February 22, 2023· Isu semasa
Pahang dedah 29 nama ‘datuk’, ‘datuk seri’ palsu
January 18, 2023· Isu semasa
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Jepun labur lagi AS$25 bilion tangani kadar kelahiran rendah
June 14, 2023
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok