
Presiden AS, Joe Biden. - Gambar agensi
Ketika berucap mengenai perubahan iklim di Massachusetts, Biden mengimbau saat membesar di kawasan perkilangan penapisan minyak di negeri kelahirannya di Delaware, sambil berkata syarikat minyat itu bertanggungjawab terhadap pencemaran yang berleluasa di kawasan berkenaan, lapor Agensi Anadolu.
“Ia menyebabkan saya dan ramai orang lain menghidap kanser, dan menjadi punca Delaware mempunyai kadar pesakit kanser tertinggi di negara ini,” katanya sambil menekankan perlunya beralih kepada sumber yang lebih mesra alam berbanding bahan api fosil.
Jurucakap Rumah Putih Andrew Bates berkata presiden merujuk kepada kanser kulit non-melanoma yang dihidapi sebelum menjadi presiden.
Ringkasan laporan kesihatan Biden yang dikeluarkan pada November memaklumkan Biden menghidap “kanser kulit non-melanoma dan telah sembuh” serta biopsi tidak diperlukan.