Ronaldo umum kematian salah seorang anak kembarnya

April 19, 2022 · Dunia

Bintang bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo dan pasangannya Georgina Rodriguez mengumumkan bahawa salah seorang dari anak kembar mereka yang baharu lahir telah meninggal dunia.

Pengumuman tersebut dibuat semalam menerusi satu ciapan di akaun Twitter Ronaldo dimana dia mengesahkan pasangannya selamat melahirkan bayi perempuan tetapi kembarnya, seorang bayi lelaki meninggal dunia.

Pengumuman itu ditandatangani bersama oleh Ronaldo dan juga Rodriguez dimana mereka turut meminta ruang dan privasi dari semua pihak untuk mereka berkabung.

“Dengan rasa sedih yang sangat mendalam kami mengumumkan kematian bayi lelaki kami. Ia adalah keperitan terbesar yang dirasai oleh mana-mana ibu bapa.

“Hanya kelahiran bayi perempuan kami memberikan kami kekuatan untuk meneruskan kehidupan buat masa ini dengan sedikit harapan dan kebahagiaan.  Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas semua rawatan dan sokongan yang diberikan.

“Kami sangat bersedih atas kehilangan ini dan meminta privasi pada masa yang sangat sukar ini. Anak lelaki kami, kami akan menyayangi kamu selamanya,” tulis pasangan tersebut.

Ronaldo dan Rodriguez mempunyai seorang anak perempuan bersama yang berusia empat tahun, manakala Ronaldo mempunyai tiga anak lain dengan pasangannya sebelum ini.

Berita berkaitan
Individu doa kematian Hadi dan Dr M tiada kaitan dengan saya: Shamsul Iskandar
July 2, 2023· Politik
SKMM minta padam ciapan kritik kerajaan, Twitter tak layan
July 1, 2023· Isu semasa
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023· Isu semasa
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022· Politik
Popular
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok