Riyadh arah duta Lubnan tinggalkan Arab Saudi, Bahrain ikut jejak

October 30, 2021 · Dunia

Riyadh mengharamkan semua import semua jenis barangan, termasuk hasil pertanian dari Lubnan dan memberi tempoh 48 jam kepada duta negara itu untuk meninggalkan Arab Saudi susulan ucapan dibuat seorang menteri Lubnan yang mengkritik peperangan di Yaman, lapor agensi berita Saudi (SPA).

Arab Saudi juga melarang rakyatnya pergi ke Lubnan atas faktor keselamatan dan memanggil pulang dutanya dari Beirut.

Sejam kemudian, Manama pula mengarahkan duta Lubnan meninggalkan negara itu dalam masa dua hari kerana alasan yang sama seperti Arab Saudi, kata Kementerian Luar Bahrain.

Hubungan Riyadh dan Beirut yang tegang sebelum ini bertambah buruk pada Selasa selepas rakaman video tular menunjukkan Menteri Penerangan Lubnan, George Kordahi mengeluarkan kenyataan mengkritik serangan tentera pakatan diketuai Arab Saudi ke atas pemberontak Houthi di Yaman.

Kordahi mendakwa kenyataan itu dirakam lebih sebulan lalu sebelum beliau dilantik menjadi menteri.

Dalam video itu Kordahi berkata Houthi yang bersekutu dengan Iran “mempertahankan diri mereka … menentang pencerobohan luar”.

Bekas selebriti televisyen itu juga berkata perang yang telah berlangsung lama itu adalah “sia-sia” dan menggesa agar ia ditamatkan, sekali gus dianggap menyinggung perasaan tentera pakatan pimpinan Arab Saudi.

Kordahi juga menggambarkan perang itu sebagai “tindakan agresif” Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan pada petang Jumaat, Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati berkata beliau “kecewa” dengan tindakan Arab Saudi itu.

“Kami juga merayu pemimpin-pemimpin Arab untuk bekerjasama dan membantu mengatasi krisis ini bagi memelihara perpaduan Arab,” kata Mikati.

Awal minggu ini, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Bahrain memanggil duta mereka di Lubnan pulang sebagai tindak balas kepada kenyataan Kordahi, manakala enam negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) – juga terdiri daripada Qatar dan Oman – mengutuk kenyataan itu.

Hizbullah, yang menyokong Houthi di Yaman memuji kenyataan Kordahi. Arab Saudi menyenaraikan Hizbullah sebagai organisasi pengganas yang kerap mempengaruhi keputusan Lubnan. – Agensi

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Panggil pulang duta di Sweden, PAS gesa kerajaan campuran
July 3, 2023· Politik
Agong zahir penghargaan Malaysia semasa bertemu Putera Arab Saudi
July 2, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok