Restoran Indonesia tawar santapan buka puasa ‘bertaraf tinggi’

April 11, 2022 · Dunia

Rakyat Indonesia keluar semula untuk maka, tatkala cengkaman pandemik Covid-19 di negara itu semakin longgar, sementara beberapa penggemar keseronokan meraikan majlis berbuka puasa sambil kaki berjuntai pada ketinggian 50 meter di udara.

Lounge in the Sky dibuka kepada orang ramai minggu ini di ibu negara paling ramai penduduk Islam di dunia – Jakarta.

Tempahan diterima beberapa bulan lebih awal dengan majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan kali ini telah penuh, setelah republik itu menarik balik beberapa sekatan dan protokol kesihatan setelah Covid-19 semakin berkurangan.

Purata sejak beberapa hari lalu, Indonesia mencatat jumlah jangkitan di bawah 2,000 kes sehari.

Lounge in the Sky menyajikan makanan – berharga antara 1.6 dan 3.7 juta rupiah (AS$110-AS$260) – kepada seramai 32 pelanggan pada satu-satu masa di atas platform yang dinaikkan setinggi 50 meter menggunakan kren.

Pengunjung dipakaikan tali pinggang keselamatan di tempat duduk mereka, manakala tukang masak dan pelayan turut memakai alat yang sama ketika menghindangkan makanan.

Beberapa pelanggan dilihat bersorak ketika platform diangkat naik, menurut AFP.

“Pada mulanya, ia tidak mudah. Saya gugup kerana tidak dapat menelan makanan itu,” kata Yuni, seorang doktor berusia 29 tahun.

“Tetapi selepas beberapa lama saya boleh makan. Ia mendebarkan,” katanya lagi.

Pihak restoran berkata mereka mengikut piawaian keselamatan yang ketat, tetapi pengalaman itu tidak datang tanpa langkah berjaga-jaga – laman sesawangnya mengesyorkan pelanggan pergi ke bilik mandi sebelum mengambil tempat duduk bagi untuk mengelakkan keperluan menurunkan platform ketika makan.

Dua usahawan Belgium membangunkan konsep “Dinner in the Sky” itu sejak 2006 dan ia telah berkembang ke berpuluh-puluh negara.

Pengembara asing juga akan dapat menikmati hidangan ‘bertaraf tinggi’ kerana kerajaan Indonesia melaksanakan semula dasar lawatan bebas visa untuk warga negara anggota ASEAN.

Rakyat dari sembilan negara Asia Tenggara lain hanya perlu menunjukkan bukti vaksinasi Covid-19 dan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) negatif yang diambil 48 jam sebelum ketibaan. Mereka juga mesti menggunakan aplikasi ujian dan jejak PeduliLindungi.

Ujian PCR semasa ketibaan tidak lagi diperlukan jika pengembara melepasi pemeriksaan suhu.

Dua usahawan Belgium membangunkan konsep “Dinner in the Sky” itu sejak 2006 dan ia telah berkembang ke berpuluh-puluh negara. – Gambar AFP

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok