Rempuhan kereta bunuh 4 warga Muslim kerana kebencian: Polis

June 8, 2021 · Dunia

Polis di wilayah Ontario, Kanada menyifatkan pemandu kereta yang sengaja merempuh satu keluarga Muslim, membunuh empat daripadanya dan mencederakan kanak-kanak lelaki sembilan tahun, sebagai tindakan kebencian dan Islamophobia.

Mangsa dirempuh pada Ahad ketika sedang menunggu untuk melintas jalan di kota London, 200 kilometer di barat daya Toronto, lapor media Kanada, hari ini.

Polis berkata mangsa membabitkan dua wanita berumur 74 dan 44 tahun, lelaki berusia 46 tahun dan remaja perempuan berusia 15 tahun, manakala kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun cedera parah.

“Ini adalah tindakan pembunuhan besar-besaran yang dilakukan terhadap umat Islam. Ia berakar daripada kebencian yang tidak dapat diungkapkan. Ia adalah yang terburuk pernah dilihat di kota ini,” kata Datuk Bandar London, Ed Holder.

Serangan Ahad lalu adalah yang terburuk terhadap umat Islam Kanada sejak seorang lelaki menembak mati enam ahli kariah masjid bandar Quebec pada 2017.

Kejadian itu berlaku di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan mengenai serangan Islamofobia di wilayah-wilayah di seluruh Kanada dan gesaan supaya pihak berkuasa menangani isu perkauman dan keganasan yang didorong rasa benci kelompok tertentu.

Suspek yang memandu kereta itu, Nathaniel Veltman, 20 tahun ditangkap dan didakwa atas empat tuduhan membunuh kelas pertama dan satu cubaan membunuh. Dia ditangkap di kawasan tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah.

“Ada bukti bahawa serangan ini adalah tindakan terancang, didorong oleh kebencian. Kami yakin mangsa menjadi sasaran kerana mereka beragama Islam,” kata Detektif Superintendan Paul Waight dari Jabatan Polis London.

Rakan keluarga malang itu, Zahid Khan memberitahu, mangsa berpindah dari Pakistan sejak 14 tahun lalu dan menjadi ahli Masjid Kota London.

Keluarga mangsa dalam kenyataan memaklumkan mereka yang terbunuh ialah Salman Afzal, 46; isterinya Madiha, 44; anak perempuan mereka, 15, dan nenek mereka berusia 74 tahun, sementara kanak-kanak lelaki yang cedera dikenali sebagai Fayez. – Agensi

Berita berkaitan
Kereta Jaguar tidak guna dana Yayasan Aman, kata Setpol Anwar
July 14, 2023· Politik
Rasuah: SPRM minta rakaman CCTV pergerakan dua kereta menteri DAP
April 18, 2023· Isu semasa
Tiga pengeluar tanggung SST kereta tak sempat diserah 31 Mac: Laporan
March 25, 2023· Isu semasa
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023· Dunia
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok