Rejim Zionis tahan aktivis kembar Palestin

June 6, 2021 · Dunia

Polis rejim Zionis Israel hari ini menahan aktivis kembar media sosial Palestin yang menjadi penggerak utama tunjuk perasaan menentang pengusiran warga penempatan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.

Muna al-Kurd dan Mohammed al-Kurd, 23 tahun – kedua-duanya adik beradik kembar – ditahan di rumah mereka sehari selepas wartawan Al Jazeera, Givara Budeiri ditangkap ketika membuat liputan demonstrasi di Sheikh Jarrah. Budeiri dibebaskan beberapa jam kemudian selepas rejim Israel dikritik pada peringkat global.

Bapa kedua-duanya, Nabil al-Kurd memberitahu agensi berita Palestin, WAFA, Muna ditangkap selepas polis menyerbu rumah mereka di Sheikh Jarrah, manakala notis supaya Mohammed menyerah diri turut diserahkan.

Peguam Nasser Odeh memberitahu pemberita di luar balai polis mengesahkan Mohammed turut ditangkap. Kedua-duanya dituduh terbabit dalam tindakan yang menganggu keamanan awam serta mengambil bahagian dalam rusuhan.

“Alasan penangkapan ialah kami mengatakan kami tidak akan meninggalkan rumah, dan mereka (rejim Israel) tidak mahu siapa pun menyatakan pendapat dan memberitahu kebenaran. Mereka mahu mendiamkan kami,” kata Nabil kepada agensi berita Associated Press.

Video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan Muna dibawa keluar dari rumahnya sambil berkata ‘jangan takut’ kepada keluarganya.

Polis rejim Zionis mengesahkan mereka menahan Muna atas dakwaan mengambil bahagian dalam ‘gangguan awam’ di Sheikh Jarrah.

Mohammed dan Muna menjadi tulang belakang kepada kempen tiga bulan menggunakan tanda pagar #SaveSheikhJarrah menerusi media terhadap tindakan rejim Israel untuk menghalau penduduk di penempatan Sheikh Jarrah. – Agensi

Berita berkaitan
Dua aktivis PN direman empat hari selepas kritik kerajaan isu kalimah Allah
May 26, 2023· Politik
PN kutuk tindakan keji rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin
April 8, 2023· Isu semasa
Rejim Zionis serang Al-Aqsa
April 5, 2023· Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
2 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok